in

Lelaki Suruh Adiknya Curah Asid ke Muka Bekas Kekasih Kerana Terlampau Cemburu

Asid Bahaya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru minggu lalu hangat diperkatakan berita mengenai seorang remaja 17 tahun ditoreh wajahnya hanya kerana menolak untuk melakukan seks. Hari ini kita dikejutkan lagi dengan kisah dari negara seberang yang boleh tahan dahsyat juga.

Menurut Coconuts, seorang lelaki berusia 24 tahun dari Cirebon, Jawa Barat didakwa telah menyuruh adiknya sendiri untuk melakukan perbuatan terkutuk ke atas bekas kekasih dengan tujuan untuk membalas dendam.


Curah Asid
sumber: coconuts

Suspek yang dikenali sebagai NS baru sahaja putus cinta dengan bekas kekasih berusia 15 tahun dan berasa cemburu apabila mengetahui gadis tersebut sudah menjalin hubungan cinta dengan lelaki lain. Menurutnya, sungguhpun mereka sudah berpisah dalam tempoh masa yang agak lama, NS masih mempunyai perasaan cinta terhadap gadis tersebut.

Akibat didorong rasa cemburu dan marah, NS telah melakukan satu kesalahan besar. Pada 28 Oktober, Sabtu lalu, NS telah menyuruh adik lelakinya yang baru berusia 14 tahun untuk menghalang perjalanan gadis malang itu sambil memegang bekas berisi asid.

Apabila gadis itu berjalan mendekati mereka, dia telah mengarahkan adiknya untuk menyiram asid itu ke muka mangsa! Selesai melakukan jenayah berkenaan, kedua-dua suspek dikatakan pantas melarikan diri menggunakan motosikal.

Mantan Siram Air Keras Cirebon
sumber: pikiran rakyat

Menurut Kompas, adik kepada suspek yang dikenali sebagai MS mengaku dia tidak tahu menahu bahawa air yang dibawanya itu merupakan sejenis asid bateri. Malah abangnya telah mengajak MS keluar dengan tujuan untuk berjalan-jalan dan bukannya untuk menyimbah asid ke wajah mangsa. Abang jenis apa ni? Tak pasal-pasal adik terjebak dalam jenayah. 

“Saya menyimbah (asid) kerana disuruh abang. Tapi saya tak tahu bahawa air itu air asid,” katanya yang masih di bangku sekolah.

Walau bagaimanapun, suspek telah berjaya diberkas tidak sampai 24 jam selepas ibu bapa mangsa membuat laporan polis. Manakala mangsa pula dilaporkan mengalami kecederaan serius pada bahagian wajah dan matanya. Kesian! 

2831356080
sumber: kompas

Jika sabit kesalahan, kedua-dua adik beradik tersebut bakal dikenakan hukuman penjara 12 tahun atas kesalahan serangan yang dirancang.

Tak ada gunanya sampai nak cederakan orang hanya kerana cemburu. Yang lepas tu, lepaslah. Bunga bukan sekuntum kan?

Baca: Lelaki Toreh Muka Remaja 17 Tahun Kerana Berang Ajakan Seks Ditolak

Toreh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.