Hidup berjiran ni, kita perlulah menjaga tatasusila dan juga tingkah laku kita supaya tak menyusahkan jiran lain, tidak dilupakan juga sikap tolak ansur harus dipupuk dalam masyarakat berjiran.
Bagaimanapun, baru-baru ini, telah tular sebuah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan tindakan seorang lelaki yang memakai hoodie dikatakan dengan sengaja telah menekan setiap butang di dalam lif.
Perkara tersebut telah menjadi bualan hangat warganet sehinggakan ada yang menuduh dia sebagai perosak harta benda awam.
“Lelaki memakai hoodie tekan semua butang setiap tingkat disaksikan keluarga. Lif berhenti di semua tingkat. Ia menyebabkan lif kerap rosak dan menyusahkan residen lain termasuk warga emas,” tulis pemilik ciapan itu.
Melalui ciapan yang meraih 1.1 juta jumlah tontonan itu, kejadian tersebut difahamkan berlaku di sebuah pangsapuri di Alam Damai, Cheras.
Video berkenaan menunjukkan, pemuda tersebut menaiki lif bersama keluarganya sebelum menekan kesemua butang di dalam lif berkenaan, meskipun tindakannya itu dirakam oleh CCTV pemuda itu dengan selamba membuat simbol ‘peace’ sambil menari di hadapan keluarganya.
Pemilik ciapan tersebut juga menitipkan pesanan kepada orang ramai agar menjaga perangai dan perbuatan ketika berada di tempat awam supaya tidak menimbulkan masalah kepada orang lain.
“Hidup bermasyarakat mohonlah jaga perangai dan perbuatan. Bukan anda sahaja yang hidup dan tinggal di kawasan tu.”
“Dibuatnya ada kes kecemasan dan perlukan lif bergerak cepat tapi dah jadi lambat disebabkan perbuatan la***** ni, dah susahkan orang lain,” katanya.
“Ni lah perangai sebenar” – Netizen
Tinjauan ke ruangan komen, netizen meluahkan rasa bengang terhadap tindakan pemuda tersebut dan ada juga yang berkongsi kisah mereka lalui insiden yang seakan-akan sama.
Hmmm macam mana ni…
Sumber : Twitter
Baca : [VIDEO] Lain Daripada Yang Lain, ‘Rider’ Terkejut Tengok Sofa & Meja Jadi Dekorasi Luar Rumah