Kalau sebelum-sebelum ini, selalu sangat kita dengar bila orang yang asal dari Kelantan ni, ada je orang tak senang duduk dan dikatakan tidak suka bergaul kerana terlalu memandang negatif terhadap mereka yang berasal dari sana.
Macam sebelum ni pun, min juga ada pernah tulis pernah tulis sebuah artikel berkenaan dengan isu ini dan banyak netizen yang memberi pelbagai reaksi mengenai kisah tersebut. Ada yang betul, ada yang salah kata netizen…
Baru-baru ini, kisah yang seterusnya berlaku dan tular di media sosal berkenaan seorang lelaki yang berasal dari Kelantan berkongsi pengalaman sedihnya semasa berada di sebuah universiti.
Lelaki sedih kena sisih dengan kawan universiti hanya sebab asal dari Kelantan
Sebuah video yang berdurasi 8 saat itu telah dikongsikan di laman TikTok, memaparkan seorang lelaki berkongsi pengalaman disisih oleh rakan universiti sewaktu di dalam bas.
https://www.tiktok.com/@_.mecaomel/video/7154399687972228378?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
“Bila kau pelajar asal dari Kelantan”
Menerusi video tersebut, situasi itu dapat dilihat tiada sesiapapun yang sudi untuk duduk di sebelahnya sedangkan tempat lain penuh dengan pelajar yang duduk bersama-sama.
Video seterusnya juga yang berdurasi 8 saat turut dikongsikan, memaparkan situasi dimana lelaki tersebut ditinggalkan selepas memberitahu asal usulnya dari negeri Che Siti Wan Kembang tersebut.
https://www.tiktok.com/@_.mecaomel/video/7155140710994316571?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
“Dah sedia ke anak-anak dari Kelantan nak belajar di universiti luar negeri tu? Bagaimana perasaan kena racist?”
Menurutnya, disebabkan ada perasaan itulah dia merasakan bahawa dirinya malu untuk berhadapan dengan orang lain.
Netizen beri pelbagai reaksi, ada yang turut kongsi pengalaman yang hampir sama
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberi pelbagai reaksi dan ada juga yang turut berkongsi pengalaman sama sewaktu mereka belajar di universiti luar negeri.
Korang pernah merasai pengalaman sebegini ke? Cuba kongsikan…
Baca: “Klatefobia” – Tinjauan Menunjukkan Ramai Wanita Takut Nak Dekat Dengan Lelaki Kelantan?