Februari lalu, seorang lelaki yang juga merupakan pesakit mental telah ditembak oleh polis ketika pihak polis cuba menangkap lelaki tersebut ketika dia menunjukkan kelakuan yang membahayakan orang sekeliling.
Difahamkan, pihak polis telah ke rumah lelaki tersebut untuk menenangkannya yang mengamuk setelah dihubungi oleh keluarga lelaki tersebut.
Pihak keluarga lelaki itu sebelum kejadian menghubungi polis untuk meminta pertolongan agar dengan bantuan polis, dia dapat dibawa ke hospital untuk rawatan.
Ketika itu, lelaki tersebut yang merupakan pesakit skizofrenia telah setahun tidak mahu mendapatkan rawatan psikiatri.
Namun, ketika proses tersebut, anggota polis telah dilibas dengan parang oleh lelaki itu sehingga ada anggota polis yang cedera dan ia menyebabkan polis melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri.
Artikel berkaitan: Cuba Serang Anggota Maritim Punca 5 Lelaki Warga Asing Ditembak Di Morib
Artikel berkaitan: Tiada Rakyat Malaysia Terlibat Dalam Insiden Tembak*n & Letup*n B*m Di Sungai Golok
Walau bagaimanapun, lelaki tersebut telah meninggal dunia ketika menerima rawatan.
Terkini, keluarga lelaki tersebut yang maut ditembak oleh polis mengatakan keluarga mereka mahu menuntut keadilan ke atas kematian lelaki tersebut dengan mengambil tindakan undang-undang.
Memetik laporan Sinar Harian, keluarga lelaki tersebut mendakwa situasi melibatkan lelaki itu yang merupakan pesakit mental gagal dikendalikan dengan pendekatan berperikemanusiaan oleh anggota polis kerana penggunaan kekerasan pada ketika itu.
Menurut peguam keluarga berkenaan, tindakan desakan agresif oleh polis pada ketika itu didakwa telah membuatkan emosi lelaki tersebut bertambah parah kerana sebelum itu, lelaki itu tidak membuat serangan susulan.
Sumber: Sinar Harian