in

Lelaki Onani dan ‘Tembak’ Air Mani Ke Arah Gadis Yang Sedang Menggunakan Mesin ATM

Featured

Baru-baru ini seorang lelaki beronani dan ‘menembak’ air maninya ke atas seorang gadis yang sedang mengeluarkan duit dari mesin ATM. Insiden menjijikkan ini dilaporkan berlaku di sebuah bank di TaiChung, Taiwan.

Berdasarkan rakaman CCTV, gadis berusia 19 tahun itu bernama Wong, memasuki premis bank berkenaan untuk mengeluarkan duit pada waktu malam. Tanpa diketahui, seorang lelaki mengikutinya ke dalam premis berkenaan serta berpura-pura ingin menggunakan mesin ATM dan berdiri di belakangnya.

Ketika Wong sedang membuat pengeluaran dan tidak memandang ke belakang, lelaki miang itu mengeluarkan kemaluan dan ‘memuaskan’ dirinya. Rakaman itu diambil dari kamera yang terletak di atas mesin ATM digunakan Wong dan suspek dilihat mendongak kepala memandang Wong ketika ‘menikmati’ perbuatannya ketika itu.

Unnamed
sumber: world of buzz

Apabila hampir mencapai ‘klimaks’, lelaki itu melangkah mendekati Wong dan ‘menembak’ kesemua air maninya ke atas baju sejuk yang dipakai gadis berkenaan.

[sociallocker id=1666]

Tidak tahu apa yang berlaku, Wong tiba-tiba terasa cecair yang panas, lembab dan melekit ketika menyentuh bahagian belakang pinggangnya. Ketika itu juga, gadis tersebut menyedari keberadaan suspek yang tergesa-gesa untuk pergi dari situ dalam keadaan yang sangat mencurigakan.

Unnamed2
sumber: world of buzz
Unnamed1
sumber: world of buzz

Wong yang ketakutan selepas mendapat tahu cecair yang disentuhnya itu merupakan air mani terus membuat laporan polis dengan kadar segera.

Berdasarkan siasatan awal, nama keluarga suspek adalah Tan dan bekerja sebagai seorang penyelia di tapak pembinaan. Ketika kejadian, dia didapati telah meletakkan keretanya di lorong berdekatan bank itu supaya boleh melarikan diri dengan cepat dan mudah.

Ketika disoal siasat oleh pihak polis, Tan pada mulanya menafikan perkara tersebut dan berkata tindakan itu tidak disasarkan kepada Wong.

Selepas disoal tanpa henti, dia kemudian mengaku berada dalam keadaan ‘sangap’ dan secara kebetulan ternampak Wong yang mempunyai bentuk badan yang menarik dan muka yang cantik. Jadi, dia terus beronani dan tanpa sengaja ‘menembak’ ke arah Wong.

[/sociallocker]

Jijiknya!

Giphy

Suspek turut menekankan bahawa sepanjang proses itu berlaku, dia tidak menunjukkannya kepada Wong dan tiada sentuhan fizikal berlaku antara mereka berdua dengan harapan pihak polis akan memaafkan dan membebaskannya. Memang tak ahhhh…

Namun, melalui rakaman CCTV itu pihak polis kemudian mendapati kenderaannya diletakkan dalam jarak 100 meter dan suspek mengikuti mangsa ke premis bank itu dengan niat.

Disebabkan itu, polis tidak lagi mengambil keterangan darinya dan Tan akan dikenakan penjara selama satu tahun jika sabit kesalahan.

Kenapa masih wujud lelaki bermasalah macam ni.. Pergi buat senyap senyap jelah! Urghh!