in

Lelaki Nekad ‘Pakai’ Sampah Yang Dikumpulnya Sebulan, Untuk Sampaikan Mesej Tentang Alam Sekitar

Rob Greenfield Lelaki Sampah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menurut agensi perlindungan alam sekitar Amerika Syarikat, setiap individu secara purata mampu menghasilkan sekitar 2 kilogram sampah setiap hari! Dengar macam sikit, tapi cuba korang kumpulkan sampah sarap seberat itu dan tengok berapa jumlahnya pada hujung minggu.

Setidaknya itulah yang dilakukan oleh seorang aktivis bernama Rob Greenfield bagi memberikan kesedaran tersebut kepada orang ramai.


Bagi menyampaikan mesej tersebut, Rob telah mengumpul dan ‘memakai’ sampah-sampah yang dikumpulnya selama satu bulan dan bagi ‘menyampaikan’ lagi mesej yang ingin dibawanya, dia sengaja menggunakan plastik sampah lutsinar.

280649380 543929700435401 900188133169688312 n horz

Kalau nak diiutkan, Rob sememangnya seorang yang mengamalan gaya hidup ‘sifar’ sampah dan menurutnya, demi membawakkkan kesedaran kepada orang ramai, dia terpaksa mengetepikan perkara tersebut dan cuba lakukan apa yang sedang dilakukan oleh pengguna lain iaitu ‘menghasilkan sampah’.

Selain itu, Rob juga telah berjalan kaki di jalan Los Angeles dengan ‘suit’ yang diperbuat dari beg sampah lutsinar yang berisi sampah harian miliknya yang terdiri daripada cawan kertas, kotak, beg plastik dan pelbagai lagi sampah miliknya yang dikumpulkan selama sebulan tersebut.

Menurutnya, hampir kesemua sampah tersebut adalah daripada pembalut makanan dan lebihan makanan miliknya.

“Biasanya lepas orang buang sampah, mereka tidak akan memikirkan kemana ia akan berakhir”

Memberikan penjelasan kepada orang awam yang ternyata bingung dengan ‘pakaiannya’ tersebut, Rob menjelaskan bahawa inilah jumlah sampah yang terkumpul oleh setiap individu selama sebulan dan secara keseluruhan, beratnya adalah 28 kilogram.

Difahamkan, Rob melakukan perkara sedemikian sebagai ‘papan iklan’ bergerak yang mana kemudian secara tak langsung diharapkan dapat memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang kesan gaya hidup mereka kepada alam sekitar.

https://www.facebook.com/AFPnewsenglish/videos/1801508176900917

Tambahnya lagi, sekiranya kita diperlukan untuk membawa setiap sampah milik kita, pastinya kita tahu apa yang akan dibuang ke tapak pelupusan sampah, sungai, laut dan sebagainya.

Seorang pelawat bandar LA dalam satu temubual nyata terkesan dengan tindakan aktivis tersebut dan berjanji akan mengubah gaya hidupnya selepas mengetahui kesannya sambil ada juga yang ‘jijik’ dengan perbuatan mereka yang membuang begitu banyak sampah dalam sehari tanpa sedar.

Tambah Rob, sebenarnya untuk menjaga alam sekitar ini bukanlah perkara yang sukar. Menurutnya, setiap orang perlu memulakan secara kecil dan salah satu caranya dengan mengurangkan sampah yang dibuang, bertukar kepada barangan yang boleh diguna semula dan lain-lain.

Baca : “Tuang je” – Netizen Puas Hati Tengok Myvi Double Park Kena Tindih Dengan Tong Sampah

ft myvi putih kena tindih tong sampah

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.