Lelaki ini melakukan tindakan sangat luar biasa apabila dia memakai niqab dan menyamar menjadi Wati hanya kerana ingin mengahwini lelaki pujaannya.
Pemuda dari Maluku Utara, Indonesia yang dikenali sebagai Putra Alfa Juliono Lifu itu menggoda lelaki pujaanya secara atas talian dan berhubung dengan jejaka yang dikenali sebagai Alias Ibrahim itu sejak 2023.
Artikel berkaitan: Polis China Tahan Wanita Jadian ‘Sister Hong’, Perangkap 1,600 Lelaki Lakukan Hubungan S*ks & Rakam Video
Artikel berkaitan: 5 Perompak Menyamar Jadi Polis Nak Samun Sebuah Rumah
Difahamkan, hubungan mereka terputus seketika sebelum mereka kembali serius pada tahun 2024 dan merancang untuk berkahwin.
Menurut Pegawai Perhubungan Awam Polis Sula, IPDA Rizal Polpoke, penipuan suspek terbongkar sewaktu proses pendaftaran perkahwinan mereka di Pejabat Pendaftaran Penduduk dan Pencatatan Sipil.
“Alias tidak menyedari sepanjang komunikasi bahawa pasangannya sebenarnya seorang lelaki kerana Wati sentiasa mengenakan niqab. Mangsa sendiri mengaku perkara itu semasa soal siasat di Balai Polis Mangoli Timur,” jelasnya.
Pada 12 Julai 2025, Wati dilaporkan telah bertolak dari Kampung Bobong ke Kampung Falabisahaya, Daerah Mangoli Utara, sebelum tiba di Kepulauan Sula pada 13 Julai 2025.
Lebih menyedihkan, Alias dikatakan masih tidak mengetahui bahawa Wati itu seorang lelaki meskipun sudah bersua selama 4 hari.
Kebenaran akhirnya terbongkar apabila dokumen rasmi perkahwinan dikemukakan, dan kad pengenalan Wati menunjukkan bahawa beliau seorang lelaki, malah meskipun dia berniqab, didapati dia bukanlah seorang yang beragama Islam.
Terkejut dengan pendedahan itu, keluarga Alias segera membuat laporan polis, dan suspek kini ditahan di Balai Polis Mangoli Timur.
Sumber: Sinar Harian