in

Lelaki Mengaku Diliwat Pemimpin Politik Dan Dibayar RM300 Untuk Setiap ‘Layanan’

Feat 3

Seorang lelaki mengaku dihubungi pemimpin parti politik untuk bertemunya di sebuah hotel bagi melakukan perbuatan ‘terbabit’ dan dia kemudiannya dibayar RM300.

Malah pengakuan sumpah lelaki itu bertarikh 29 Jun juga tular di media sosial sebelum ini. Dia juga mendakwa kejadian tersebut berlaku pada 2013 di sebuah hotel di Subang, lapor Harian Metro.

Lelaki itu juga mendakwa melakukan perbuatan tersebut bersama pemimpin politik sebanyak empat kali di beberapa hotel, serta menerima bayaran sebanyak RM300 selepas selesai melakukannya.

Bukan itu sahaja, pemimpin politik itu juga turut dikaitkan telah melakukan perbuatan sama dengan seorang lagi kenalan lelaki tersebut.

Whatsapp Image 2020 06 29 At 14.52.40

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya telah menerima laporan polis berhubung isu tersebut.

Kini polis katanya sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan kes liwat yang membabitkan pemimpin parti politik itu.

 

Baca : Jijik! Warden Didakwa Liwat Dan Cabul Pelajar Tahfiz Beberapa Kali Sebelum Kantoi Dan Larikan Diri

Baca 15