Korang pernah dengar tak quote, don’t let fame gets to your head?
Basically, quote ni nak berpesan pada kita supaya sentiasa merendah diri dan tidak sombong atau riak apabila kita sudah berjaya.
Quote ni mungkin sesuai untuk digunakan pada seorang lelaki di China ini yang telah di-banned daripada laman sosial Sina Weibo selepas dia dilaporkan telah mengenakan bayaran 25,000 yuan (sekitar RM16,204) bagi mana-mana individu yang mahu menyertai fanclub miliknya.
Memetik laporan Global Times, sejak 21 Julai lalu, Xu Genqin, 29, memuat naik video memperkenalkan dirinya di laman sosial popular di China dengan harapan untuk mencari jodoh buat dirinya.
Disebabkan cara pemakaian, gaya rambut dan solekan yang dikenakan Xu, lelaki itu segera mendapat perhatian ramai. Sampaikan posing half-squat yang dilakukannya turut ditiru oleh ramai selebriti dan influencers.
Setelah menjadi popular, Xu yang ‘memasarkan diri’ di Weibo sebagai high-quality male (lelaki berkualiti tinggi) mula mencuba untuk mengaut keuntungan melalui populariti yang dikecapinya.
Lapor sumber, Xu telah mencipta satu fanclub untuk peminat-peminatnya. Tapi, mana-mana individu yang nak sertai, mereka harus membayar 25,000 yuan (sekitar RM16,204) sebulan. Kalau setahun, kena bayar 75,000 yuan (sekitar RM48,504)!

Usaha Xu untuk mengaut keuntungan bagaimanapun terbantut selepas pihak pengurusan Weibo mengatakan mereka telah menutup dan banned akaun Xu. Malah, satu siasatan akan dijalankan untuk mengesan sekiranya ada pengguna laman sosial berkenaan sudah membayar jumlah yang dikatakan Xu.
Menurut laporan media tempatan, beberapa platform media sosial lain juga tak membenarkan lelaki terbabit membuka saluran live-streaming.
Sumber: Global Times