in

Lelaki Kongsi Pengalaman Duduk 46 Malam Di Hotel Mewah, Netizen Terkejut Kira Total Lebih RM200K!

Hard Rock Hotel Duduk 46 Malam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak Tahun Baru Cina lepas, ramai yang mengambil kesempatan untuk cuti-cuti bersama keluarga ke pelbagai tempat menarik di dalam negara.

Meskipun hanya bercuti di Pulau Pinang, perkongsian seorang lelaki di grup Facebook Hotel Review Malaysia baru-baru ini agak mengejutkan netizen.


 

Menginap 46 malam di Hard Rock Hotel, Penang 

Menerusi posting tersebut, lelaki bernama Adnan Aziz berkongsi review serta pengalamannya selama bercuti di Hard Rock Hotel, Pulau Pinang selama 46 malam. Wow lama tu! 

Menurutnya, dia telah check in pada 20 Disember tahun lepas dan check out pada 4 Februari 2022 serta mengambil dua jenis bilik iaitu:

  • Seaview Studio Suite with bath tub RM880++ semalam
  • King Suite with private pool RM4500++ semalam

Uish bukan kaleng-kaleng ye harga bilik dia! 

273369029 10224541155827932 8985502277705178272 N

273284027 10224541129707279 63364812778915167 N

 

“Hotel yang sangat ceria dan patuh SOP” 

Berstatus sebagai long stay guest di hotel berkenaan, Adnan mengakui sepanjang pengalamannya di Hard Rock Hotel, mereka dilayan dengan baik dan hotel tersebut sangat mematuhi SOP.

Malah yang lagi bestnya, staf di sana siap membuat arrangement untuk Adnan sekeluarga ambil booster dose Astrazeneca di Tapak Pesta Pulau Pinang tau. Wah service bagus ni! 

1

273248755 10224541155467923 6919273980069716264 N

2

3

273248733 10224541146267693 530153582408835178 N

273210926 10224541147187716 537095685518827873 N

Malah mereka juga diraikan dalam satu majlis sebagai orang tempatan yang tinggal paling lama di hotel berkenaan.

Kami diraikan dalam satu majlis ringkas sebagai orang local yang paling lama tinggal di HRH Penang iaitu hampir 50 hari. 

“Insha Allah cuti sekolah Mac ni nak datang lagi bagi meraikan jemputan salah seorang staff yang akan berkahwin.

“Overall memang best sangat-sangat. Crew dan stafflah yg buat kami tinggal lebih lama disini,” tulisnya dihujung posting.

 

“Ada orang mention total RM265K!” 

Melihatkan tempoh tinggal mereka di hotel tersebut agak lama, ramai juga yang tertanya-tanya berapa agaknya keseluruhan kos menginap di sana.

Netizen ada yang membuat kiraan dan mendakwa kosnya boleh mencecah lebih RM200,000! Wah, tapi ni tekaan netizen jelah sebab pemilik posting tak beritahu amaun sebenar. 

Kira 2

 

“Betul-betul financial freedom tuan ni!” 

Posting tersebut walau bagaimanapun tidak mendapat sebarang komen negatif dan kebanyakan netizen sangat terinspirasi dengan apa yang dikongsikannya.

Malah ramai juga berdoa semoga dimurahkan rezeki dan dapat menikmati percutian mewah seperti lelaki ini di suatu masa nanti.

Financial Freedom

Wahh seronoknya baca review dia ni! Harap-harap kita pun dikurniakan rezeki juga untuk bercuti dengan keluarga macam ni tanpa fikirkan berapa banyak wang yang tinggal di dalam bank. Amin! 

Baca: “No men, no problem” – DSV Mahu Gembirakan Diri Sendiri, Duduk Hotel RM50,000 Semalam

Dsv

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.