Kalau dulu, pencuri takut nak tunjuk muka dan selalunya menghendap dalam keadaan gelap selain hanya berani melakukan jenayah pada waktu malam. Namun, kini penjenayah semakin berani menunjukkan belang dan selamba melakukan kegiatan mereka ketika waktu siang.
Seperti yang dikongsikan di Facebook oleh Nik Nasron apabila dia dan keluarga nyaris menjadi mangsa rompakan pada waktu siang oleh dua individu yang menyamar!
Dalam kejadian kira-kira jam 12.14 tengahari semalam, Nik dan isteri bersama dua orang anaknya berada di rumah yang terletak di Taman Sejoli, Kuching sebelum tiba-tiba sebuah Perodua Myvi berwarna kelabu berhenti di hadapan rumah membuatkannya berasa curiga.
Dua lelaki kemudian dilihat keluar daripada kenderaan itu sambil memegang dua playar dan dengan selamba mundar mandir di perkarangan rumahnya. Nik melalui entri itu berkata,dua individu berkenaan memberikan alasan bahawa mereka mahu mengecat rumah jiran.
Lebih membuatkannya curiga, alasan diberikan seakan tidak munasabah kerana menurutnya jiran sebelah baru sahaja mengecat rumah pada bulan lepas. Nik sempat menasihati orang ramai untuk sentiasa berwaspada meskipun ketika berada di dalam rumah.
Hati-hati! Tadi di Taman Sejoli ada dua orang lelaki mencurigakan masuk ke kawasan rumah saya. Bila ditanya kenapa, mereka beri alasan datang untuk cat rumah sebelah. Itu lagilah mencurigakan sebab jiran kami baru sahaja cat rumah bulan lepas.”
Menurut World of Buzz, Nik telah menghubungi jiran mereka untuk bertanyakan hal tersebut dan ternyata jirannya tidak mengupah sesiapa untuk datang mengecat rumah pada hari itu. Nik juga sempat mencatat nombor plat kenderaan itu dan mendapati bahawa ianya merupakan kereta sewa.
Menyedari mereka sedang diperhatikan, dua individu tersebut kemudian perlahan-lahan beredar dari perkarangan rumahnya. Menurut Nik, rumahnya mungkin menjadi sasaran kerana kelihatan seperti tidak berpenghuni pada waktu kejadian.
Laporan polis telah dibuat oleh isterinya, Amalia Afifiyati sejurus selepas kejadian dan terkejut apabila mendapat tahu bahawa dua lelaki berkenaan rupa-rupanya merupakan suspek kes pecah rumah.
Bahaya betul sekarang ni. Kita semua kena sentiasa peka dengan keadaan sekeliling. Harus sentiasa berwaspada meskipun ketika berada di dalam rumah atau berseorangan!
Baca: Pekerja Majlis Bandaraya Pulau Pinang Menyamar Jadi Polis dan Paksa Wanita Myanmar Lakukan Seks Oral