Korang suka beli barangan terpakai? Kalau ye, apa korang buat kalau barang yang dibeli tu ada tanda pemilik lama contohnya nama mereka?
Bagi seorang lelaki ini pula, barangan terpakai yang dibelinya pula berupa buku nota terpakai yang di dalamnya penuh dengan tulisan pemilik sebelumnya mengenai pergerakan jiran mereka.
Apa yang menyeramkan, nota terbabit teramatlah detail sampai jiran tu bukak lampu depan pun ada ditulis pukul berapa waktu kejadiannya.
The Sun melaporkan, seorang lelaki yang tak mendedahkan identitinya menulis di Reddit menceritakan penemuannya ketika mengunjungi satu jualan rawak. Nota-nota terbabit ditemukan pembeli terbabit dalam sebuah kotak yang turut menyimpan beberapa buku lain.
Kesemuanya penuh dengan tulisan tangan yang merekodkan setiap gerak geri jiran pemilik asal nota itu sekurang-kuranya bermula tahun 2012 hingga 2014.
Pukul berapa jiran bukak lampu depan rumah pun ditulis!
Disyaki mungkin pemilik asal nota berkenaan berasal dari Amerika Syarikat berdasarkan ejaan sesetengah perkataan dan format tarikh, dia menulis dengan terperinci apa yang dilakukan jirannya, malah, pernah membuat cubaan untuk memecah masuk rumah mereka kerana mahu mencuri dengar perbualan.
Berikut merupakan antara tulisan dalam nota terbabit:
“Pukul 6pm ada bunyi muzik yang dimainkan pada nada sederhana.”
“7.30pm, dengar bunyi perempuan batuk.”
“6.03pm lampu depan dibuka. 6.40pm, ada kereta merah parking depan garaj lagi. Pukul 10.10pm, dengar bunyi orang hempas pintu kereta.”
“9.14pm. Ada bau pelik…”
“4.31pm, rasanya diorang (jiran) bergaduh tapi susah nak dengar sebab hanya dapat tangkap bunyi perempuan menjerit. 5.19pm, bunyi orang naik tangga dengan kasar. Dah tiga kali hari ni!”
Mungkin pemilik asal paranoid?
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna Reddit menyuarakan rasa tertarik mereka dengan nota terbabit. Ada juga yang meminta untuk si pembeli berkongsikan lebih banyak nota-nota yang dibelinya.
Tak kurang juga ramai pengguna yang menyuarakan teori masing-masing tentang nota itu. Ada yang kata ia mungkin ditulis orang paranoid, penulis novel misteri dan mungkin penjenayah.
Korang pulak rasa apa tujuan nota tu ditulis?
Sumber: The Sun