in

Lelaki Jepun Dapat Pengiktirafan Guinness World Records, Buat Lukisan GPS Terbesar Untuk Lamar Kekasih

Guinness World Records

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Meskipun kini dah memasuki tahun 2024, namun lamaran yang dibuat oleh seorang lelaki Jepun kepada teman wanitanya pada tahun 2008 masih lagi menjadi perhatian ramai warganet dari seluruh dunia.

Ini kerana lamaran lelaki tersebut yang dikenali sebagai Yasuhi Takahasi atau lebih mesra disapa sebagai Yassan telah dibuat dengan menggunakan lukisan GPS.


2 7

Untuk pengetahuan anda, lukisan GPS ialah sejenis lukisan digital yang dibuat apabila seseorang itu menjelajah atau melancong sambil membawa atau menggunakan alat GPS (sistem navigasi) di sepanjang laluan perjalanan.

Apabila data laluan perjalanan yang telah direkod menggunakan GPS itu dimuat naik ke alat peta atas talian seperti Google Earth, ia akan membentuk lukisan atau bentuk atau tulisan seperti yang diinginkan atau dirancang.

Itulah yang dilakukan oleh Yassan kerana dia telah menjelajah sekitar negara Jepun selama enam bulan dengan memandu kereta yang disewanya dan lukisan GPS yang terbentuk adalah tulisan ‘Marry me’ kerana dia mahu melamar teman wanitanya.

Artikel Berkaitan: “Macam drama Korea”- Aquaria KLCC Tawar Pakej Lamaran Untuk Pasangan

Artikel Berkaitan: Pemain China Huang Yaqiong Dilamar Kekasih Lepas Rangkul Pingat Emas Badminton Beregu Campuran Di Olimpik Paris

Usaha Yassan itu pada akhirnya membuahkan hasil kerana teman wanitanya menerima lamarannya itu untuk berkahwin.

Namun, pembikinan tulisan tersebut ternyata ia tidak mudah kerana dia perlu memandu melalui jalan-jalan yang tertentu agar tulisan Marry Me itu dapat dibentuk di Google Earth.

1 16

Ini termasuklah juga jalan-jalan yang sempit dan pada ketika itu juga, masih ada jalan di Jepun yang masih tidak ditar.

Difahamkan, perjalanannya untuk membuat lukisan GPS yang tertulis Marry Me itu mengambil masa selama enam bulan dan sebanyak 4,451 batu atau sekitar 7163.19 kilometer.

Lukisan GPS Yassan itu juga kemudiannya telah diiktiraf oleh Guiness World Records sebagai lukisan GPS terbesar di dunia bagi kategori individu.

Rekod itu masih lagi dipegang oleh Yassan sejak tahun 2009 lagi.

Sehingga ke hari ini juga, Yassan dan isterinya masih lagi bergelar suami isteri dan mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata.

Menurut Yassan, dia memutuskan untuk membuat lukisan GPS itu untuk melamar kerana baginya, lamaran adalah satu perkara yang dilakukan sekali seumur hidup.

Jadi, dia mahu membuat sesuatu yang akan diingati sehingga akhir hayatnya.

Korang boleh baca di laman web About Google ini kalau nak tahu dengan lebih lanjut tentang lukisan-lukisan GPS lain yang pernah dibuat oleh orang-orang lain.

Sumber: Guinness World Records, About Google

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.