in

Lelaki Jadi Punca LRT Tergendala 3 Minit, Turun Landasan Ambil ‘Earphone’ Jatuh

punca lrt tergendala

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kita sepatutnya berfikir tentang akibat jika ingin melakukan sesuatu perkara, seorang pemuda baru-baru ini telah menjadi punca kelewatan Transit Aliran Ringan (LRT) di Taman Paramount.

Lelaki berusia 23 tahun itu difahamkan menceroboh landasan LRT kerana ingin mengambil earphone miliknya yang terjatuh.


Menurut laporan Astro AWANI, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata laporan diterima pihaknya pada jam 9.28 pagi berkaitan tangkapan lelaki terbabit oleh Polis Bantuan Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana).

DSC 0085 1

“Kejadian berlaku pada jam 8.09 pagi selepas penggera landasan berbunyi dan didapati terdapat seorang lelaki tempatan berada di landasan platform 1 (northbound).

Lelaki itu dikesan mengambil earphone di landasan terbabit hingga menyebabkan tren tergendala selama tiga minit,” katanya.

Difahamkan, lelaki terbabit telah dituduh di Mahkamah Petaling Jaya pada Selasa di bawah Seksyen 62 Akta Keretapi 1991.

Pihak polis turut menasihatkan orang ramai supaya mematuhi undang-undang dan tidak melakukan perbuatan jenayah.

Bahaya tau buat tindakan melulu macam tu…

Baca: 8 Individu Terlibat Nahas LRT Bertembung Pada 2021 Failkan Saman

Ft Lrt Bertembung Failkan Saman

Sumber: Tunnel Time

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.