in

Lelaki Ini Jadi Perhatian Ramai Peminat Wanita Gara-gara Miliki Wajah Iras Cristiano Ronaldo

f2 cr7dopplegangger

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kita selalu dengar orang tua kata bahawa setiap individu di dunia ini ada tujuh orang yang mempunyai wajah yang mirip dengan satu sama lain.

Setakat ini, min belum jumpa lagi orang yang ada muka lebih kurang min, tapi Cristiano Ronaldo pula nampaknya telah menemui individu yang memiliki wajah seiras dengannya.


7 2

Menurut The Sun UK, lelaki dari Birmingham, England ini menjadi perhatian wanita yang meminati bola sepak gara-gara wajahnya yang dikatakan mirip Cristiano Ronaldo.

Bewar Abdullah sering diajak untuk ke parti hari jadi kanak-kanak di negara itu kerana wajahnya yang seiras dengan pemain bola sepak Portugal itu.

Menurut lelaki yang berusia 28 tahun ini juga, dia sering menjadi perhatian peminat wanita setiap kali keluar di khalayak ramai walaupun selepas CR7 telah meninggalkan Manchester United baru-baru ini.

6 1

Ramai juga peminat CR7 yang meminta untuk bergambar dengannya jika mereka terserempak dengan Bewar di tempat umum.

Menurutnya lagi, mereka akan menjerit ‘Ronaldo’ apabila melihatnya.

Peminat CR7 juga mengatakan wajahnya memang seiras dengan pemain bola sepak yang berusia 37 tahun itu.

Setakat ini, Bewar telah memiliki seramai 1.4 juta pengikut di TikTok.

@cristianokurdish

#kurdistan @Cristiano?? ❤️❤️❤️

♬ original sound – ? CAPCUT ?

Korang rasa memang muka dia ni ada iras ke dengan CR7? 

Sumber: The Sun UK

Baca: Netizen Tunjuk Bukti Lelaki Pun Kuat Membawang Dekat IG Post Pasal Ronaldo Ni…

5 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.