in

Lelaki Ini Dedah Ada 4 Individu Sihir Ustaz Kazim, Suspek Guna Rambut & Tisu Peluh Mangsa?

Cats 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika anda mengikuti perkembangan semasa penceramah terkenal Ustaz Kazim Elias, pasti anda tahu akan situasi semasa yang dihadapi oleh individu ini.


Baru-baru ini, Ustaz Kazim ada mendedahkan beliau sudah lama menghidapi sakit misteri dan mengesyaki ini adalah perbuatan individu yang kurang senang dengan dirinya. Jelas beliau, sakit tersebut adalah kesan disihir oleh individu tertentu.

81531285377 Kazimelias 1

Lakaran sosok yang menyihir

Terpanggil untuk membantu Ustaz Kazim, seorang individu yang digelar sebagai Ustaz Neo ada membuat satu pendedahan dalam satu video berkenaan orang yang menyihir Ustaz Kazim.

Dalam video tersebut, individu ini mendakwa terdapat empat sosok berbeza yang menyihir Ustaz Kazim dengan cara yang berbeza.

2 2

3 1

Sosok pertama ialah seorang wanita bertudung dan didampingi oleh makhluk berupa hantu pocong bermata hijau. Sosok kedua pula ialah seorang lelaki berkopiah yang menggunakan barang sihir seperti rambut, jarum dan tisu peluh mangsa.

Sambung lelaki ini, sosok ketiga pula ialah seorang dukun dari Indonesia yang mempunyai lembaga hitam sebagai lembaga suruhannya. Manakala, sosok keempat ialah seorang dukun asli yang menggunakan katak dan jin harimau belaannya.

@official_neopawangdiraja

Reply to @thr_lina_sor Lakaran Sosok Sihir Ust Kazim? Waallahuaklam..😔

♬ original sound – NeoPawangDiraja – NeoPawangDiraja

Tiada niat tuduh sesiapa

Jelas individu ini, dia tidak mengenali mana-mana individu yang dilakarnya dan tidak berniat untuk menuduh mana-mana pihak.

“Lakaran yang saya kongsikan tadi adalah sebuah lakaran-lakaran ghaib yang terhasil daripada gerak yang Maha Kuasa”, jelas individu ini.

Di akhir video, individu ini menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan sesiapapun, termasuk dengan mereka yang berpewatakan alim.

Apa pendapat anda tentang lakaran tersebut?

Kredit: NeoPawangDiraja

BACA: “Saya tanya je” – Aeril Zafrel Dikecam Lepas Komen Di FB Ustaz Kazim Minta Tolong Ubatkan Penyakit Misteri

Capture

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.