in

Lelaki Ini Buktikan Umur 60 Tahun Bukan Penghalang Untuk Kahwini Remaja 17 Tahun

Featured Image Kawen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak dapat disangkal lagi, jodoh itu adalah ketentuan Ilahi dan setiap apa yang berlaku telah dirancang Tuhan. Samalah juga seperti kisah pasangan ini yang bersatu hati walaupun mempunyai jarak usia yang jauh berbeza.

Tribunnews melaporkan, Badu, 60, dan Ika Nurjannah, 17, telah selamat diijabkabulkan di Pejabat Urusan Agama Sulawesi Tenggara pada 19 November yang lalu. Kedua-dua mereka dikatakan belum pernah berkahwin sebelum ini.


Kawen3
sumber: tribunnews

Berita mengenai pernikahan ini telah dimuat naik ke Facebook hingga mendapat perhatian netizen kerana perbezaan umur pengantin yang begitu jauh iaitu sebanyak 43 tahun. Wow!

Ekoran daripada perbezaan umur yang jauh itu, ramai di antara netizen yang meraguinya. Namun, perkahwinan mereka telah disahkan oleh penulis entri itu sendiri yang bernama Lilis. Dia mengatakan bahawa dia sendiri yang menyaksikan saat bahagia dua mempelai ini diijabkabulkan kerana Ika merupakan teman sepejabatnya.

Ika kelihatan sangat bahagia walaupun dia malu-malu semasa gambar mereka diambil.”

Kawen4
sumber: tribunnews

Hal ini juga turut disahkan oleh seorang lagi netizen yang mengaku makciknya merupakan jurusolek pengantin perempuan itu. Menurut laporan, pasangan pengantin ini mula berkenalan kerana mempunyai pekerjaan yang sama.

Mereka berdua merupakan tukang kebun dan hendak dijadikan cerita, Badu dan Ika rupa-rupanya berjiran. Alahai sweet betul! 

Hingga setakat ini, perkongsian daripada Lilis masih dibanjiri dengan pelbagai reaksi daripada netizen. Walaupun ada yang tidak mempercayai perkahwinan yang berlangsung di antara pasangan ini, ramai juga di antara netizen yang mendoakan kebahagiaan mereka dan mengatakan jodoh Badu dan Ika telah diatur oleh Tuhan.

Wah, cantik pengantin perempuan tu! Pandai pak cik cari! Dah jodohkan… semuanya terletak di tangan Tuhan.

Baca: Remaja 16 Tahun Kahwini Warga Emas 71 Tahun Selepas Ugut Keluarga Untuk Bunuh Diri

Kawen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.