in

Lelaki Ini Ambil Masa 2 Tahun Untuk Renovate Menara Tangki Air Jadi Rumah Mewah 4 Bilik

f4 rta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dengan harga hartanah yang semakin meningkat pada abad ini, ramai yang berpendapat bahawa adalah lebih baik jika kita beli rumah lelong atau subsale dan kemudian renovate rumah tu biar jadi macam yang kita nak.

Seorang lelaki di Devon, England pula telah mencuri tumpuan apabila dia berjaya mengubah suai sebuah menara tangki air konkrit menjadi rumah mewah.


Lelaki yang dikenali sebagai Rob Hunt itu telah mengambil masa selama dua tahun untuk menyiapkan kerja-kerja mengubahsuai tangki air itu menjadi rumah yang boleh didiami oleh manusia.

26
Keadaan tangki air konkrit sebelum diubah suai jadi rumah

Difahamkan, tangki air konkrit terbiar yang berusia 80 tahun itu telah dibeli olehnya pada tahun 2019.

Menara tangki air itu kemudiannya telah diubah suai oleh Hunt sendiri bersama seorang rakan menjadi sebuah rumah mewah yang mempunyai empat buah bilik tidur.

24
Bahagian luaran tangki air konkrit setelah diubah suai jadi rumah

Selain itu, kediaman itu juga lengkap dengan tingkap bersaiz besar untuk pencahayaan dan sistem pemanasan pada bahagian lantainya.

Sistem pemanasan itu bakal memastikan penghuninya nanti kekal selesa walaupun ketika musim sejuk.

25
Keadaan bahagian dalaman tangki air sebelum diubah suai menjadi rumah

Difahamkan, Hunt sememangnya sering membuat projek mengubahsuai kediaman biasa namun mengubahsuai menara tangki air menjadi rumah ini pula merupakan pengalaman pertamanya.

Jika dilihat daripada gambar bahagian dalam rumah berkenaan, dekorasi dalamannya memang cantik dan kelihatan moden serta agak mewah.

23

Siap ada dapur yang direka dengan konsep elegan lagi tau! Bahagian bilik mandi pula ada bath tub, dah macam hotel dah rumah ni. 

Menurut The Sun, Hunt merancang untuk menjual rumah tangki air tersebut pada musim panas akan datang.

Sumber: The Sun

Baca: [VIDEO] Penduduk Panik, ‘Air Terjun’ Tiba-tiba Turun Dari Pangsapuri Rupanya Tangki Pecah

21

Sumber: Apex/The Sun
Sumber: Apex/The Sun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.