Seorang lelaki yang mengalami sakit perut selama dua tahun mengejutkan doktor apabila mendapati pesakit telah termakan barangan rumah.
Memetik laporan NY Post, ketika doktor menjalankan X-ray, mereka menemui banyak barangan rumah di dalam badan mangsa.

Pesakit Kuldeep Singh, 35, dilaporkan pergi ke hospital berkenaan kerana masalah perutnya yang teruk, serta demam panas. Pakar perubatan melakukan imbasan X-ray dan kemudian mereka membuat penemuan yang aneh.
Singh dilaporkan telah menelan kira-kira 60 objek, termasuk loket, rantai, kacang, bolt, fon telinga, pin keselamatan, magnet, butang baju dan zip, dan banyak lagi objek yang tidak boleh dimakan.
Artikel berkaitan: Dr. Hisham Kembali Bertugas Di Hospital Putrajaya, Bakal Lakukan Pembedahan Setiap Isnin
Artikel berkaitan: Kematian 20 Kali Ganda Lebih Tinggi Kalau Penduduk Tak Vaksin – Dr Hisham
Doktor mendiagnosis mangsa dengan pica iaitu keadaan kesihatan mental di mana penghidapnya “menelan secara paksa barang yang bukan makanan”.
Penderitaan ini paling biasa dalam kalangan kanak-kanak kecil, wanita hamil dan orang yang mengalami gangguan psikiatri seperti gangguan spektrum autisme, ketidakupayaan intelektual atau skizofrenia.

Memandangkan Singh telah menelan objek tajam, terdapat luka parah di perutnya. Sehubungan itu, pihak hospital memutuskan untuk membedah dan mengeluarkan objek-objek itu dari dalam perut mangsa.
Singh kemudiannya menjalani pembedahan selama tiga jam yang diketuai oleh pakar bedah dan pakar gastroenterologi di Hospital Moga Medicity, Punjab, India.
