in

Lelaki Hilang Sejak 1997 Ditemui Dalam Glasier, Jasad Hampir Sempurna

3pak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki yang dilaporkan hilang telah ditemui semula di glasier yang mencair di Pakistan selepas 28 tahun. Keluarga mangsa berkata penemuan itu memberikan sedikit kelegaan kepada mereka.

Screenshot 2025 08 09 at 10.25.17 AM

Memetik laporan CBS News, mayat Nasiruddin, 31 tahun, ditemui penduduk tempatan berhampiran tepi Glasier Lady Meadows yang semakin mengecil di daerah Kohistan, wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Pakistan.


Menurut keluarganya, beliau bersama abangnya telah melarikan diri ke kawasan pergunungan selepas berlaku pertikaian di kampung pada tahun 1997, namun beliau terjatuh ke dalam rekahan ais dan meninggal dunia, manakala abangnya terselamat. Usaha mencari telah dilakukan selama bertahun-tahun namun terpaksa dihentikan kerana keadaan glasier yang berbahaya.

Screenshot 2025 08 09 at 10.23.12 AM

Nasiruddin merupakan seorang suami dan bapa kepada dua orang anak. Mayatnya yang masih terpelihara dengan baik, lengkap dengan kad pengenalan, ditemui pada 31 Julai lalu oleh seorang pengembala tempatan dan dikebumikan pada Rabu.

Pakistan mempunyai lebih 13,000 glasier, jumlah terbanyak di dunia selain di kawasan kutub. Namun, peningkatan suhu global akibat perubahan iklim yang didorong oleh aktiviti manusia menyebabkan glasier-glasier ini semakin cepat mencair.

 

Baca: Tengk*rak Manusia Dijumpai Dalam Rumah Kayu, Dipercayai Anak Bekas ADUN

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.