in

Lelaki Hilang Dihanyutkan Kepala Air Dekat Pintasan Saloma, Operasi SAR Diteruskan Pagi Ini

lemas di pintasan saloma

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) telah mengesahkan seorang lelaki dihanyutkan kepala air di Sungai Klang, berhampiran Pintasan Saloma pada petang semalam.

Pusat Gerakan Operasi JBPM Kuala Lumpur berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 5.30 petang ketika mangsa hendak mengalihkan kenderaan yang diletakkan di bawah jambatan berkenaan susulan kerja-kerja penambahbaikan paip.


Semasa insiden itu berlaku, terdapat 13 mangsa kesemuanya berada di bawah jambatan tersebut dan tidak sempat melarikan diri apabila kepala air sampai ke lokasi kejadian.

@bbp.titiwangsa

12 lelaki berjaya diselamatkan Oleh pihak Bomba Dan seorang lelaki dikhuatiri lemas, selepas dihanyutkan kepala air berhampiran Pintasan Saloma Yang sedang melakukan kerja penambahbaikan Sungai Klang, petang tadi. #pintasansaloma #lemas #kepalaair #akleh

♬ The Champion – Lux-Inspira

Artikel berkaitan: 3 Individu Lemas Dihanyutkan Kepala Air Ketika Sertai Aktiviti ‘Water Rafting’ Di Sungai Jahang

Artikel berkaitan: Mangsa Kongsi Detik-detik Cemas Terperangkap Di Risda Eco Park Susulan Fenomena Kepala Air

Walau bagaimanapun, pihak bomba memaklumkan 12 daripada 13 orang mangsa berjaya diselamatkan, yang mana terdiri daripada pemancing dan pekerja pembaikan paip.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sazalee Adam berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa ditangguhkan pada jam 11 malam semalam dan akan disambung pagi ini pada jam 9.30 pagi.

Setakat ini mangsa masih belum ditemukan. Pasukan SAR yang terdiri daripada polis, bomba dan agensi lain akan menyambung pencarian pagi esok,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Sazalee lagi, operasi SAR dihentikan 11 malam tadi atas faktor keselamatan kerana keadaan arus deras dan persekitaran yang gelap.

Sumber: Berita Harian, Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.