Baru-baru ini, seorang pengguna jalan raya berjaya merakamkan satu insiden kemalangan dan pergaduhan yang melibatkan pengguna jalan raya yang lain.
Difahamkan, pergaduhan tersebut melibatkan pemandu sebuah van yang didakwa melanggar belakang Proton Saga di Taman Bukit Jalil.
Video tersebut memperlihatkan seorang lelaki memakai topi memarahi pemandu van yang dikatakan melanggar bahagian belakang kereta miliknya. Bagaimanapun, lelaki tersebut tiba-tiba memukul pemandu van menerusi tingkap yang terbuka.
https://www.facebook.com/100071179511705/videos/1297866334038484
Meskipun pemandu van tersebut tidak membalas semula serangan, lelaki tersebut terus memukul lalu membuka pintu van dan menarik pemandu van keluar. Sejurus itu, dia membuka ‘buah silat’ dan memukul pemandu van sehingga terbaring di atas jalan raya.
Turut kelihatan, lelaki tersebut sempat memberhentikan van yang tiba-tiba sahaja mengundur ke belakang
Rakaman video ini tular dan mendapat perhatian warganet yang rata-ratanya kurang bersetuju dengan tindakan pemandu kereta Proton Saga itu.
Jelas seorang warganet, lelaki itu tidak sepatutnya memukul pemandu van meskipun dia yang bersalah dalam situasi tersebut dan sepatutnya kejadian ini diselesaikan dengan perbincangan yang tenang.
Tindakan seperti ini bukan sahaja tidak bertanggungjawab, malah boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain.
Kredit: Khairul Anuar
BACA: Nak Beri Laluan Kepada VIP Punya Pasal, Dua Kereta Kemalangan Sebab Polis Tahan Mengejut?