in

[VIDEO] Lelaki Ditahan Gara-gara Main Pistol Mainan Dengan Anak Buah Dalam Kereta

Ft Lelaki Pegang Pistol Mainan 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Disebabkan bermain dengan anak buah menggunakan pistol yang berharga RM 2.40 ketika di dalam kereta, seorang lelaki berumur 28 tahun menerima padah apabila dia telah ditahan polis pada hari Ahad lepas.

Tindakannya itu telah dirakam oleh pengguna jalan lain yang memperlihatkan dia sedang memandu berhampiran pusat beli-belah One Utama menghala ke Tol Lebuh Raya Damansara-Puchong, lapor Sinar Harian.


 

Tayang pistol masa memandu

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, gelagat itu dirakam  sekitar jam 6.15 petang berhampiran kompleks beli-belah berkenaan.

“Pada jam 7.03 malam 29 Mei lalu, polis menerima laporan berkenaan seorang lelaki yang sedang memandu kereta jenis Proton Wira berwarna merah mengeluarkan pistol dari tingkap dan menghalakan ke atas.”

“Bertindak atas maklumat, pada jam lebih kurang 10 malam sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Petaling Jaya telah menahan seorang lelaki tempatan di sebuah apartmen di Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur.”

Katanya lagi, hasil soal siasat, suspek mengaku bahawa dirinya terlibat dalam kejadian tersebut dan mendakwa ia merupakan pistol mainan.

“Suspek mendakwa bahawa pistol mainan berharga RM2.40 itu adalah milik anak buahnya yang berumur empat tahun dan mendakwa sedang bermain dengan anak buahnya itu ketika kejadian.”

Disebabkan tindakan itu, polis merampas sebuah kereta jenis Proton Wira dan pistol mainan berwarna hitam-coklat untuk membantu siasatan.

Katanya lagi, suspek yang mempunyai satu rekod lampau membabitkan kesalahan jenayah itu direman dua hari bermula Isnin untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 26 Akta Senjata 1960.

Baca : [VIDEO] Gara-gara ‘Cosplay’; Melampau, Polis Cari Lelaki Tunjuk Pistol Di Anime Fest

Untitled Design 2022 05 19T131910.889

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.