Kita selalu dengar kisah lelaki berperangai miang dan tidak senonoh di tempat awam, mencabul wanita tanpa segan silu tetapi kisah yang dikongsikan seorang pengguna Facebook ini memang sesuatu yang lain.
Menurut Nur Izzati, dia telah pergi ke sebuah kedai dobi terletak di Seksyen 19, Shah Alam dan apa yang disaksikan oleh matanya sendiri pada hari itu sangat mengejutkan. Izzati kemudian membuat keputusan untuk berkongsikan pengalaman yang dilaluinya di Facebook untuk memberi peringatan kepada semua kaum wanita di luar sana.
Ketika tiba di kedai itu, seorang lelaki berbaju merah dilihat berada di dobi tersebut dan sedang menunggu di kerusi yang disediakan. Pada awalnya, dia tidak mengesyaki apa-apa kerana menyangka lelaki itu berada di kedai tersebut untuk mencuci baju sama sepertinya. Selain lelaki itu, beberapa individu lain juga berada di kedai dobi tersebut dan ada juga yang datang untuk membasuh baju tetapi selepas dimasukkan ke dalam mesin, mereka terus pergi.
Namun, selepas satu jam berlalu, lelaki itu dilihat membuka satu persatu mesin pengering di situ dan mula menyelongkar. Bukan itu sahaja, lelaki itu kemudian dilihat mencium bau pakaian dalam wanita yang dijumpai di dalam mesin!
Rupa-rupanya dia menunggu di dobi itu untuk mencuri pakaian dalam wanita! Sebaik mencium bau, dia terus melipat dan menyimpan pakaian dalam itu semua di dalam sebuah beg.
Meskipun pakaiannya telah selesai dicuci, Izzati menunggu di situ selama satu jam untuk merakamkan tindakan lelaki berkenaan.
Seriously, pakcik ni gila taksub dengan pakaian dalam perempuan. Banyak dia ambil, nak dekat 10 helai.”
Eeewwwww, teruknya perangai!
Sebaik lelaki itu selesai dengan ‘kerja’ yang dilakukannya, Izzati kemudian mengorak langkah keluar dari premis itu. Pada ketika itulah datang sebuah keluarga untuk mengambil baju yang telah dicuci.
Segala perlakuan lelaki miang itu diceritakan kepada keluarga tersebut dan dia turut menunjukkan mereka video yang berjaya dirakamkan. Menurut Izzati, seorang lelaki lain kemudian berdepan dengan lelaki tersebut kerana menyedari pakaian dalam isterinya juga telah hilang.
Selepas diselongkar begnya, lelaki itu berjaya menjumpai pakaian dalam milik isterinya. Lelaki berbaju merah itu kemudian dilihat mula tidak tentu arah dan meminta maaf di atas perbuatannya.
Kesudahan kejadian itu bagaimanapun tidak dinyatakan di dalam status tersebut. Namun Izzati mengingatkan semua yang pergi ke dobi untuk menunggu sehingga pakaian selesai dibasuh.
Kisah ini boleh dijadikan peringatan untuk semua kaum wanita di luar sana!
Tonton video di bawah:
Baca: Lelaki Tua Kantoi Dirakam Cuba Raba Gadis Duduk Di Sebelahnya Di Dalam Tren