in

Lelaki Dipenjara 2 Tahun Gara-gara Ugut Nak Bunuh Kakak Sendiri & Keluarganya Sebab Tak Masakkan Nasi

Collage 66

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila bangun tidur, benda pertama yang selalunya kita cari mesti makanan kan? Bila tak ada makanan tu memang rasa nak marahkan? Tapi tak adalah melampau sampai nak membunuh orang…


Tapi baru-baru ini, seorang buruh telah dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret Kota Bahru kerana melakukan ugutan jenayah terhadap kakaknya gara-gara tak masak nasi.

Mengikut pertuduhan, Mohammad Syafiq Romly mengaku bersalah melakukan ugutan jenayah ke atas kakak kandungnya Mahsuri Romly di sebuah rumah di Jalan Kubur Tok Pah, Kampung Jambu pada jam 9 malam, 17 Mac lepas.

Nasi 1617173751

Menurut Berita Harian, Syafiq dikatakan telah mengamuk dengan memaki hamun serta mengugut kakaknya dengan mengatakan yang dia ingin membunuh kakaknya dan semua ahli keluarganya kerana tak masak nasi sebaik sahaja dia bangun dari tidur.

Timbalan Pendakwa Raya, Siti Edabayu Subhan memohon agar hukuman setimpal dijatuhkan selepas mengambil kira hubungan tertuduh dan pengadu.

Namun, wakil peguam Syafiq, Siti Atikah merayu agar mahkamah menjatuhkan hukuman minumun kerana percaya yang anak guamnya itu telah pun insaf.

Saya yakin tertuduh sudah insaf dan tidak akan mengulangi kesalahan itu. Saya juga memohon hukuman bermula dari tarikh ditangkap.”

Ekoran ini, mahkamah telah pun menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atas tertuduh bermula dari tarikh dia ditangkap.

 

Baca: “Makan aja ke sana” – Gara-gara Tak Masak Nasi Di Rumah, Lelaki Ni Pukul Ibu Sendiri Dengan Kayu Sampai Mati

Screenshot 2021 03 31 At 5.40.20 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.