Satu video kini sedang tular di China apabila ada rakyat tempatan melakukan sesuatu perkara yang menjijikan di sebuah kolam renang awam di Guangzhou semalam (23 Julai 2023) di mana lelaki tersebut ‘terkincit’ sewaktu berenang. Dalam satu video viral tersebut, lelaki itu menarik seluar renangnya sebelum ‘melepas’.
Malah lebih ‘seriau’ lagi, dilihat seperti lelaki di belakangnya itu macam tak perasan dan terus redah sahaja.
Jurulatih berhampiran di kolam itu terlihat najis tersebut dan segera meminta semua perenang mengosongkan kolam.
Pihak mereka juga tidak membenarkan lelaki itu berenang sampai ke hujung. Sebaik sahaja mereka mendapat rakaman CCTV, mereka dapat mengesan pelaku dengan mudah kerana hanya ahli dibenarkan berenang di kolam itu.
Laporan polis telah dibuat dan lelaki itu didenda RMB 8000 (lebih kurang RM5,100). Kolam itu pula dibersihkan sebelum dibuka semula kepada orang ramai malah keahlian pelaku itu juga telah ditarik balik.
Video tersebut telah mengundang pelbagai reaksi netizen, ada yang anggap ia satu perkara lucu dan ada juga marah dengan tindakan pelaku, bahkan ada juga yang merasakan bahawa jumlah denda yang dikenakan oleh lelaki itu terlalu sedikit.
Baca : “Macam mana nak belok ni?” – Pecah Rekod, Kereta Terpanjang Di Dunia Lengkap Dengan Kolam Renang!