Membela haiwan peliharaan bukanlah perkara yang asing dalam kalangan manusia kerana memang ramai antara kita yang merupakan pencinta haiwan.
Namun, memelihara anak kerbau dalam rumah tetap menjadi perkara mengejutkan kerana haiwan besar seperti itu sepatutnya dipelihara di kandang atau ladang.
Itulah yang menjadikan seorang lelaki di China ini menjadi perhatian ramai kerana dia telah memelihara seekor anak kerbau di rumah flat.
Menurut laporan South China Morning Post, lelaki berusia 30 tahun itu berkongsi kisah bahawa bahawa sebelum tinggal di flat yang didudukinya sekarang, dia pernah dihalau dari rumah sewanya sebelum ini selepas tuan rumahnya mengetahui bahawa dia memelihara anak kerbau itu di dalam rumah tersebut.
Artikel Berkaitan: Bunyi Bising Dari Atas Rumah, Wanita Terkejut 2 Ekor Kambing Di Atas Bumbung
Artikel berkaitan: Ramai Tak Percaya ‘Mowgli Malaysia’ Dah Besar! Ini Perkembangan Terkini Syukor Khamis
Lelaki tersebut turut mengatakan dia memelihara anak kerbau itu di dalam rumahnya dengan penuh kasih sayang kerana dia sangat menyukai haiwan.
Difahamkan, dia akan memandikan anak kerbaunya itu di dalam tandas dan bilik tempat haiwan itu duduki juga akan dibersihkan setiap hari.
Pada hari cuaca yang baik, dia akan membawa anak kerbau itu keluar berjalan-jalan manakala ketika hari sejuk pula, anak kerbau itu akan dipakaikan jaket yang dijahit sendiri olehnya.
Dalam masa yang sama, dia turut mengakui cabaran terbesar memelihara haiwan seperti itu di kawasan bandar ialah masalah kekurangan ruang untuk anak kerbau itu bergerak dan meragut rumput.
Menurutnya, anak kerbau peliharaanya itu bersikap tenang dan pendiam kerana ia hanya akan berbunyi perlahan ketika lapar sekali gus tidak mengganggu jiran-jiran.
Sumber: South China Morning Post