in

Lelaki Dedah Jana Hampir RM20k Sebulan Jadi ‘Rider’, Tinggal Di Villa RM1.4 Juta Di Johor Bahru

rider beli rumah 1.4 juta di JB

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sementara ramai yang mengatakan industri gig seperti penghantar makanan atau lebih popular dengan panggilan rider tidak boleh dijadikan pekerjaan sepenuh masa kerana cabaran dan kesukaran yang tidak menentu ketika ini, lelaki ini membuktikan perkara sebaliknya.

Seorang rider p-hailing warga Singapura membuktikan kerja itu boleh menjana pendapatan lumayan mencecah antara S$4,000 (RM13,258.44) hingga S$6,000 (RM19,887.66) sebulan.


Dengan pendapatan sebanyak itu, Afiq Zayany mampu tinggal di sebuah villa dua tingkat bernilai RM1.4 juta di Johor Bahru, Johor hasil kerja kerasnya sebagai rider sepenuh masa.

Artikel berkaitan: 5 Cara Mudah Untuk Jana Pendapatan Sampingan Setiap Bulan

Artikel berkaitan: “Kalau rajin, hasilnya banyaklah” – Raih Pendapatan RM18,000 Dalam Masa 2 Bulan, Netizen Terkejut Tengok Pendapatan Rider Ni

Berkongsi bagaimana dia menjana pendapatan sebanyak itu di saluran YouTube Ringgit & Dollars, Afiq berkata, dia memperoleh kira-kira SG$200 (RM660) sehari di Singapura.

Grab 1

Dalam temubual bersama AsiaOne, Afiq mengakui kehidupannya berubah sejak menjadi rider sepenuh masa.

Katanya, dulu dia bekerja sebagai ejen insurans, namun kini lebih selesa dengan jadual fleksibel dan kerja keras menjadi kunci utama.

“Saya ada jadual tetap dan saya sangat disiplin. Hujan atau panas, saya tetap keluar kerja saya hanya ambil cuti jika perlu saja.

“Biasanya saya keluar seawal jam 7 pagi dan habiskan kerja 2 petang dengan mengambil kira-kira 25 pesanan sehari.

“Lepas kerja ada masa untuk rehat,” katanya.

Grab 3

Afiq juga tidak menafikan ada cabaran yang dia perlu hadapi semasa bekerja, namun tiga nilai ini membuatkan dia berjaya sebagai rider iaitu disiplin, konsisten dan berwawasan.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.