Korang pernah dengar pasal NFT tak? Sana sini orang asyik bicara tentang NFT ini.
Bagi yang tak tahu, Non Fungible Token atau NFT adalah aset digital yang boleh dibeli sebagai investment dengan menggunakan wang kripto.
Antara barang yang boleh dibeli sebagai NFT termasuklah karya seni dalam bentuk media, klip video, GIF, muzik, gambar dan sebagainya.
Pemuda Indonesia jadi jutawan gara-gara NFT
Meskipun NFT ini boleh dikatakan sesuatu yang agak baru tetapi rupa-rupanya sudah ramai yang menjadi jutawan dengan menjual NFT di platform yang disediakan.
Antaranya ialah seorang lelaki dari Indonesia bernama Ghozali Ghozalu yang menjadi jutawan hanya dengan menjual selfie dirinya dari tahun 2017 hingga 2021. Wow!
Seorang mas dari Indonesia menjadi jutawan NFT dalam sekelip mata selepas harga koleksinya mencanak.
Ghozali Ghozalu, 22, menjual swafoto dirinya sejak berumur 18 hingga 22 tahun dan dikumpulkan dalam koleksi 'Ghozali Everyday'. Nilai koleksinya sekarang sekitar RM5.8 juta. pic.twitter.com/HKQGpOnOif
— Tech Lagi (@tech_lagi) January 13, 2022
Menurut tweet yang dikongsikan @tech_lagi, Ghozali telah menjual swafoto dirinya sejak berusia 18 tahun hingga 22 tahun dan nilai koleksinya kini mencecah RM5.8 juta!
Dia juga katanya telah menjual setiap satu foto dengan nilai USD 3 atau bersamaan RM12.54. Bayangkan berapa ramai yang dah beli…
“Ghozali is already on the moon”
Kejayaan lelaki Indonesia ini telah mendapat perhatian netizen dan menjadi perbualan ramai sehinggakan Khairulaming pun bercakap pasal Ghozali tau! Hebatlah!
ghozali is already on the moon
— Khairulaming (@khairulaming) January 12, 2022
#ghozaligangs NFT getting heated up in Indonesia!
Ghozali took selfies everyday from when he was between 18 to 22 years old ( 2017 – 2021 ). He has become a recognizable meme in his country.
Ayo, semangat! #NFTindonesia pic.twitter.com/IJ0LpjO3YR
— NFTAsian アトザ? | based ?? ▚▘▚▘▚▘ (@TheNFTAsian) January 12, 2022
If your face has potential to be MEME, you can turn that into NFT and print so much money like Ghozali Everyday ? price floor reaching to 1 ETH , kudos to this man for his creativity pic.twitter.com/Gf91XAsx7a
— IBCIG (@ibcig) January 12, 2022
Bagi mereka yang berjinak-jinak nak join NFT ni, pastikan korang betul-betul faham tau mengenai sistem jual belinya. Kalau di Malaysia, korang boleh berjual beli di platform Pentas.io.
Baca: Ramesh Babu : Si Tukang Gunting Jutawan Yang Miliki Ratusan Kereta Mewah Termasuk Rolls Royce