Siapa sahaja yang tak ternganga kalau ada orang tawar jual telefon pintar sehebat iPhone 14 Pro dengan harga yang begitu murah, pastinya kita akan ambil peluang tersebut.
Baru-baru ini seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Mohd Sabbri ada buat satu perkongsian di sebuah group berkenaan dengan iPhone 14 Pro yang dia beli.
Dalam perkongsian itu, dia mencari pemilik iPhone 14 Pro yang sebenar kerana dia percaya telefon bimbit yang dijual kepadanya oleh orang yang tidak dikenali itu telefon curi. Dia ditawarkan untuk membeli telefon bimbit yang versi terkini itu dengan harga RM500!
“Yang hilang iphone 14 pro bole pm saya tadi ada orang jual RM 500 saya dah beli untuk elak dibeli oleh orang yang tak bertanggungjawap..Bagi detail phone dan warna sekali area Kuala Lumpur.”
Bercerita kepada WORLD OF BUZZ, Sabbri yang merupakan seorang peniaga pakaian mengatakan bahawa didatangai oleh penjual itu berhampiran dengan kedainya di kawasan Chow Kit. Menurutnya, ia adalah satu perkara biasa apabila ada orang menjual telefon ‘canggih’ dengan harga yang murah.
“Itu perkara biasa, dia akan pujuk orang beli dengan alasan bahawa dia terdesak.”
Kata Sabri lagi, sejak dia membeli telefon bimbit itu, dia terus membukanya namun tidak boleh untuk log masuk peranti tersebut kerana telah dikunci dengan ketat. Sabbri juga menceritakan kepada sumber bahawa dia memang ikhlas nak pulangkan kepada pemilik.
“Saya harap individu itu dapat tengok ni dan hubungi saya secepat mungkin. Jangan risau bab RM500, saya tak kisah langsung. Hanya orang yang pernah alami sahaja faham macam mana bila hilang handphone.”
Semoga niat murni Sabbri dipermudahkan dan harap pemilik telefon tersebut dapat semula telefon bimbitnya itu.
Baca : Tular Curi Kad ATM Beli iPhone, Gadis 21 Tahun Mengaku Tak Bersalah