in

“6 bulan menanti” – Lelaki Bersyukur, Dapat “Makeover” Bas Buruk Kepada Bas Sekolah Jadi Punca Rezeki

Bas Sekolah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bukan semua orang mempunyai semangat dan iltizam untuk mengubah hidup masing-masing. Kebanyakan orang faham bagi mengubah nasib hidup, banyak yang perlu kita korbankan terutamanya wang ringgit.

Begitu jugalah dengan seorang lelaki di laman TikTok, @akazamaidil yang mendapat perhatian ramai setelah sanggup mengubahsuai bas lama kepada bas sekolah supaya ia boleh dijadikan punca rezeki baginya sekeluarga.


Dalam video yang dimuatnaik olehnya, @akazamaidil menceritakan bagaimana dia membaik pulih bas ‘buruk’ sehingga berjaya mendapat trip pertama.

295D96F9 5A7D 41F8 B750 F0D83D0B01E3
Keadaan bas tersebut setelah dibaik pulih.

Artikel berkaitan: “Buat solat tahajud” – Asyraf Khalid Ikut Amalan Rizman, Tak Sangka Banyak Rezeki Allah Bagi

Artikel berkaitan: “Rezeki ko bang” – Lelaki Terkejut Menang Cabutan Bertuah Jenama Baju Melayu, Dapat Nissan GT-R

Bas Sekolah
Keadaan bas ketika ia ditemui pada kali pertama.

Dalam ruangan komen, orang ramai menyatakan kekaguman masing-masing terhadap semangat @akazamaidil yang sanggup bertungkus lumus membaikpulih bas yang pada awalnya ditemui dalam keadaan terbiar.

Bak kata @akazamaidil, jika ada minat, pasti akan dapat (apa yang diinginkan).

“Selalunya orang beli kereta bang, ni beli bas. Mantap.” kata Wardah.

“Pertama kali tengok orang restore bas. Tebaik, semoga dimurahkan rezeki,” kata SayaComelKan?

“Bestnya ada bas. Kerana minat dan keinginan memiliki bas, saya pernah mimpi beli bas bawak balik rumah tapi tempat parking tak ada,” gurau Pendeta Gila.

Ketika artikel ini ditulis, video TikTok tersebut telah menerima 161.6 ribu likes dan 3,888 komen.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.