in

Lelaki Berlakon Sakit Jantung 20 Kali Untuk Elak Bayar Bil Restoran Akhirnya Ditangkap

4makan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang scammer yang tinggal di Sepanyol telah ditangkap selepas berlakon terkena serangan jantung sebanyak 20 kali pada masa berbeza untuk keluar daripada membayar makanannya di pelbagai restoran.

Lelaki berusia 50 tahun itu dikenali sebagai Aidas, tinggal di bandar pelabuhan tenggara Alicante dan berkelakuan seperti pelancong biasa. Beliau sering memesan beberapa jenis makanan dan minuman dari menu restoran namun enggan membayar bil.


Screenshot 2023 10 21 at 4.33.34 PM

Memetik laporan NY Post, Aidas pertama kali ditangkap atas ‘lakonannya’ pada November 2022 dan yang paling terkini adalah pada 19 September lalu.

Dalam kejadian terbaharu, Aidas telah memesan makan malam disebuah restoran bersama dua gelas wiski yang berjumlah kira-kira $36.80 (bersamaan kira-kira RM 175.00).

Apabila telah selesai makan dan minum, Aidas cuba beredar tetapi dihalang oleh kakitangan restoran yang memberitahu beliau perlu membayar makanan dan minumannya.

Pada mulanya Aidas, yang mendapat nama samaran “El Gastrojeta” berkata dia perlu pulang ke hotelnya untuk mendapatkan wang itu. Kemudian beliau mendakwa berasa “tidak sihat” dan menjatuhkan dirinya ke tanah.

Artikel berkaitan: Menyamar Jadi Peguam Dan Menang 26 Kes, Lelaki Kenya Ini Akhirnya Kantoi

Artikel berkaitan: Tengah Bermesej Tiba-Tiba 4 Jam Sepi, Wanita Terus Hantar Dron Ke Rumah Kawan Sakit Jantung

Pemilik restoran itu berkata, Aidas pura-pura pengsan dan merebahkan dirinya di atas lantai. Kakitangan restoran walau bagaimanapun tidak mempercayainya dan menghubungi polis. Pihak polis yang mengenali scammer itu daripada penahanannya sebelum ini telah membawa Aidas ke dalam tahanan.

Aidas mengesahkan identitinya kepada polis apabila mereka tiba di restoran dan meminta ambulans, tetapi pegawai mengesahkan dia baik-baik saja dan membawanya ke balai polis.

Screenshot 2023 10 21 at 4.33.21 PM

Salah seorang pegawai yang menahan Aidas berkali-kali mendakwa lelaki itu tersenyum apabila polis tiba dan merasakan dirinya tidak akan dikenakan sebrang tindakan. Beliau juga tidak peduli untuk menghabiskan beberapa hari di penjara sebelum perbicaraan singkatnya di hadapan hakim.

Risau akan perkara itu berulang, pemilik restoran telah menghantar foto Aidas ke restoran berdekatan lain dan memberi amaran kepada mereka untuk tidak melayan scammer itu.

Beberapa restoran tempatan memfailkan aduan jenayah bersama terhadap Aidas, meminta dia dipenjarakan sehingga dua tahun.

Aidas telah dipenjarakan selama 42 hari kerana dua denda yang tidak dibayar. Kesalahan Aidas disifatkan sebagai kecil kerana tidak melibatkan terlalu banyak wang.

Aidas juga dipercayai telah mengambil kesempatan daripada sistem perundangan, dengan denda sekecil itu tidak dibayar. Malahan, kesalahannya itu juga sukar untuk mencapai hukuman penjara yang lebih lama.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.