Baru-baru ini seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Nic Wang telah memuat naik sebuah hantaran mengenai pengalamannya semasa menelefon talian kecemasan lebuh raya SUKE.
Menurut Nic, pagi semalam (25 April), dia sedang memandu di lebuh raya SUKE sebelum menghampiri susur keluar ke Hulu Langat/Taman Putra dan ketika itulah dia ternampak seorang lelaki sedang terduduk di bahu jalan sambil melambai ke arahnya.
Nic kemudian bergegas memberhentikan kenderaannya di bahu jalan memandangkan tiada aliran trafik di belakangnya, sebelum membantu penunggang motosikal terbabit kerana dialah orang pertama yang tiba di tempat kejadian.
https://www.facebook.com/nicwang/posts/pfbid02A4DqKrYmkmtKNTxTETkyvc6HsQzfEdDc6qKBquGAuPQh4QHc9bYgEUCXcZWKjKpml
“Dia masih sedarkan diri tapi dia berada di dalam kesakitan. Ada luka sepanjang 4 inci di kawasan buku lalinya yang masih berdarah,” kata Nic.
Oleh itu, Nic telah bertindak untuk memberikan pertolongan awal dengan mengambil sehelai baju dari dalam keretanya untuk membalut luka mangsa serta meletakkan kenderaannya 30 kaki sebelum tempat kejadian sebagai tanda hazard.
Pada jam 8:09 pagi, Nic telah cuba untuk menghubungi talian kecemasan SUKE namun setelah 1 minit menunggu tiada siapa pun yang menjawab.
Nic turut memberitahu bahawa dia telah cuba untuk menghubungi talian hotline SUKE sebanyak 8 kali dari pukul 8:09 pagi hingga 8:36 pagi tapi, masih tidak berjawab.
Difahamkan, talian yang digunakan oleh Nic berada di luar perkhidmatan, oleh itu, Nic telah menelefon talian 999 untuk meminta bantuan ambulans ke tempat kejadian.
Selepas 15 minit menunggu, pasukan keselamatan tiba bersama ambulans untuk membawa mangsa ke Hospital Ampang.
Nic meluahkan rasa bengang terhadap perkhidmatan hotline SUKE yang dikatakan tidak bertanggungjawab dalam mengatasi situasi tersebut.
Ini jawapan PROLINTAS
Bagaimanapun, pihak PROLINTAS telah memberitahu team Lobak Merah bahawa mereka telah pun menjelaskan isu ini kepada Nic, mengenai masalah yang dihadapi oleh pihaknya pada hari kejadian.
Pihak PROLINTAS juga sedang menyiasat staff yang bertanggungjawab serta punca kejadian masalah berkenaan.
Pihak tersebut telah menjamin bahawa perkara yang sama tidak akan berlaku lagi kepada pengguna-pengguna lebuh raya yang lain.
Hmmm apa pun harap mangsa dalam keadaan yang baik…
Sumber: Facebook
Baca : SUKE: PROLINTAS Cabut Papan Tanda Lepas Ramai ‘Complaint’ Saiz Terlalu Kecil