in

Lelaki Belasah Bapa Tiri di Surau Kerana Tidak Suka Warga Emas Itu Menikahi Ibunya

Page

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nota: Gambar di atas adalah untuk tujuan ilustrasi semata-mata.

Perkahwinan di antara dua individu seharusnya dirai dan membahagiakan bukan sahaja pasangan itu tetapi juga keluarga masing-masing.


Namun, baru-baru ini seorang warga emas berusia 66 tahun dari Segamat dibelasah anak tirinya kerana tidak berpuas hati lelaki itu mengahwini ibunya, dua bulan lalu.

Mangsa dikatakan sedang bertadarus di surau sebelum tiba-tiba anak tiri lelakinya itu membelasahnya dengan menghalakan lutut dan kaki ke bahagian muka mangsa kira-kira jam 10.15 malam.

Tadarus
gambar hiasan

Menurut Malay Mail Online, kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira selama tiga minit sebelum 15 jemaah surau yang menyaksikan kejadian tersebut berjaya menenangkan suspek.

Warga emas itu kemudian dihantar ke Hospital Segamat untuk rawatan dan mangsa didapati mengalami patah tulang hidung yang menyebabkan pendarahan dalaman berlaku.

Hospital
sumber: hsgm. Moh. Gov. My

Menurut Ketua Polis Segamat, Supritendan Raub Selamat, suspek yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu tidak menggunakan topi keledar yang dibawa bersama untuk membelasah bapa tirinya. Nasib baik, kalau tak mesti lagi teruk!

Suspek dipercayai berasa tidak berpuas hati apabila mangsa mengahwini ibunya yang berusia dalam lingkungan 50-an selepas kematian bapa kandungnya, dua tahun lalu.

Kes disiasat bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan siasatan masih dijalankan pihak polis.

Macam-macam lah zaman sekarang ni. Asal tak suka je mesti nak guna kekerasan untuk puaskan hati. So, sebelum kahwin tu ingat, jangan lupa minta restu keluarga bakal pasangan yeee….

Baca: Warga Emas Dibelasah Lelaki Muda Selepas Kemalangan Walaupun Sudah Minta Maaf

Belasah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.