Selain memperuntukkan masa untuk beribadat sebaik-baiknya pada bulan Ramadan, beramal jariah sesama manusia juga suatu amalan yang dituntut. Siapa tahu Ramadan ini permulaan kepada habit baru untuk terus bersedekah.
Menerusi perkongsian di Facebook, Azmin Ishak menceritakan pengalamannya membelanja sebuah kopitiam Cina sebagai suatu amal jariah yang dilakukan pada bulan puasa ini.
Ini apa yang diceritakannya:
Pagi ini saya singgah di sebuah kopitiam Cina yang dimiliki oleh seorang pakcik. Saya beritahu pakcik itu yang saya mahu membeli semua makanan yang dijualnya dan memberi ia secara percuma.”
Terkejut dengan apa yang dikatakan Azmin, pakcik tersebut bertanya apa sebabnya dia mahu melakukan hal tersebut.
Saya kata ini bulan yang mulia dan muslim kena berbuat baik, bukan saja pada muslim sendiri tapi pada bukan muslim juga.”
Lalu pakcik tersebut memberi sebut harga RM350 iaitu jumlah biasa hasil jualannya setiap hari dan Azmi membayarnya. Sebaik sahaja itu, pakcik tersebut terus mengabarkan hal itu kepada pelanggannya.
“Tak payah bayar, tak payah bayar. Ini muslim dia puasa tapi dia belanja,” ucap pakcik tersebut berkali-kali.
Dia berulang-ulang kali memberitahu hal tersebut kepada dekat 15 orang warga emas berbangsa Cina yang sedang bersarapan di sana.”
Kebanyakan mereka mengangkat tangan dan tunjuk tanda bagus. Dia kemudian ajak, jom tangkap gambar.”
Wah bagusnya dia ni!
Malah Azmi sempat berpesan,
Islam itu indah dan adil. Pahala tidak terhad hanya apabila berbuat baik kepada yang muslim atau hanya beribadat kepada Allah. Hubungan mestilah seimbang antara hubungan kita dengan Allah (Hablumminallah) dan hubungan kita sesama makhluk Allah (Hablumminannas).”
Menurutnya juga, kita semua boleh mula berbuat demikian kepada jiran tetangga terlebih dahulu. Betul tu!
Perkongsian tersebut telah mendapat respon yang positif dari pengguna Facebook yang rata-rata amat terinspirasi dengan apa yang telah dilakukan Azmi.
Kita doakan semoga Azmi terus melakukan kerja kebajikan dan segala urusannya dipermudahkan. Moga dia menjadi inspirasi buat kita semua. Jangan malu untuk buat kebaikan! 😉
Baca: “Selamatkanlah Perjalanannya Ya Allah” – Lelaki Mohon Netizen Mendoakan 5 Beranak Ini