Umum mengetahui, cuaca panas kini melanda sebahagian besar negara Malaysia, malah di kawasan Utara Semenanjung suhu boleh mencecah sehingga 38 darjah celcius.
Terbaru, satu kes kematian akibat strok haba dilaporkan berlaku setakat ini membabitkan seorang lelaki berusia 22 tahun, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Artikel berkaitan: Cuaca Panas Di Sarawak, Lelaki 52 Tahun Maut Didakwa Kerana Strok Haba
Artikel berkaitan: Kes Kematian Budak 12 Tahun Di Kluang Bukan Sebab Strok Haba, Ini Penjelasan Doktor...
Menurut Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu, kes kematian tersebut berlaku di Maran, Pahang pada 2 Februari lalu.
“Kita bersyukur kita belum berada di tahap ketiga iaitu gelombang haba ekstrem, namun ini boleh berlaku bila-bila masa jika kita lihat bahawa perubahan iklim dan berlakunya penipisan lapisan ozon menyebabkan negara kita tidak terlepas daripada cuaca panas ekstrem.
Mudah-mudahan kita berusaha dengan cara yang baik termasuk pembenihan awan yang dilakukan Agensi Pengurusan Bencana Negara dan Angkatan Tentera Malaysia di beberapa kawasan tertentu,” katanya.
Dalam pada itu, ahli parlimen Bagan Datuk itu juga berkata setiap operasi berkenaan menelan belanja kurang RM100,000 dan ia bergantung kepada keadaan awan dan tiupan angin yang sesuai.
Banyakkan minum air dan kurangkan aktiviti outdoor guys!
Sumber: Harian Metro