in

“Lebih memilih sekolah di SK” – Tiada Murid Bangsa Cina Daftar Tahun Satu Di SJKC Kong Aik, Arau

Ramai melayu daftar sjkc

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mungkin ada yang rasa pelik, tapi itulah yang terjadi.

Sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Perlis iaitu SJKC Kong Aik di Mata Ayer, Arau merekodkan tiada kemasukan murid berbangsa Cina pada hari pertama pembukaan sesi persekolahan 2025/2026, semalam.


Sebaliknya, sekolah yang telah beroperasi sejak tahun 1939 itu menyaksikan sebanyak 23 murid melapor tahun satu yang semuanya terdiri daripada bangsa Melayu dan Siam.

480521330 122182330622263256 9023994390638081984 n

Artikel berkaitan: “Niat saya nak bantu golongan susah” – Individu Jual 3 Helai Baju Sekolah Dengan Harga RM10

Artikel berkaitan: Kreatif! SMK SG Maong Guna Belon Ganti Mercun Ketika Sambutan Tahun Baru Cina Di Sekolah

Menurut Pengarah Pendidikan Negeri Perlis, Rose Aza Che Ariffin, lokaliti sekolah tersebut yang berada di kawasan penempatan majoriti Melayu dilihat antara punca ibu bapa daripada bangsa bukan Cina lebih senang menghantar anak mereka ke sekolah itu.

Faktor lokaliti memainkan peranan dalam hal ini kerana di sekeliling sekolah terutama Pekan Mata Ayer adalah kawasan majoriti bangsa Melayu serta murid Cina dilihat lebih banyak ke sekolah kebangsaan (SK).

“Ibu bapa dan penjaga murid Melayu, Siam dan India pula lebih senang ke sekolah itu disebabkan jarak dekat dengan rumah serta mengambil peluang untuk anak mempelajari Bahasa Mandarin,” katanya.

480674450 122182330274263256 5719187602140761819 n

Tambahnya lagi, pihaknya juga tidak menghalang ibu bapa atau penjaga murid bangsa lain untuk menghantar anak mereka ke sekolah aliran Cina.

Ulasnya lagi, negeri Perlis juga hanya mempunyai sebanyak 10 SJKC dan 1 sahaja SJK Tamil yang terletak di Kangar.

Tidak banyak sebenarnya SJKC dan SJK Tamil di negeri ini… hanya ada 10 SJKC dan sebuah sahaja SJK Tamil iaitu di Kangar.

“Manakala ada juga (keluarga bukan Melayu) yang lebih memilih untuk bersekolah di SK disebabkan dekat dengan kediaman yang memudahkan mereka untuk menghantar dan menjemput anak,” katanya.

Bagi guru besar SJKC Kong Aik, Leong Yong Siang, kemasukan murid berbangsa Cina di sekolahnya semakin berkurangan setiap tahun, dan sebaliknya murid berbangsa Melayu, Siam dan India pula lebih banyak mendaftar masuk ke sekolah itu.

480197187 122182330574263256 5446298041120850693 n

Pada tahun 2023, terdapat lima murid Cina mendaftar tahun satu, namun jumlah menurun kepada hanya tiga murid sahaja tahun lalu dan tahun ini tiada seorang pun mendaftar,” katanya.

SJKC Kong Aik kini mempunyai 190 murid dan 17 orang tenaga pengajar berlainan bangsa dan daripada jumlah itu, murid Melayu dan Siam mendominasi populasi murid dengan 93 murid Melayu dan 69 murid Siam.

Manakala hanya 19 murid berbangsa Cina sahaja di sekolah itu dan diikuti lima murid India dan empat orang dari lain-lain bangsa.

Ramai ibu bapa sekarang nak anak mereka mahir berbahasa Mandarin. 

Sumber: Harian Metro

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.