Susulan bekas suami Dato’ Seri Vida atau nama sebenarnya, Datuk Seri Hasmiza Othman yang memfailkan tuntutan hadhanah (hak lawatan, bermesra dan bermalam) dengan dua anak mereka, Cik B dan Kacak di Mahkamah Kota Bharu, Kelantan semalam, pengasas kosmetik itu akhirnya buka mulut mengenai isu tersebut.
Menurut Harian Metro, Dato’ Vida memberitahu yang dia tidak pernah menghalang kedua-dua anaknya, Edlynn Zamilleen, 15 dan Muhammad Eric Zaquan, 13 untuk bertemu bapa mereka Mohamad Amin Yasin, 42.
Pun begitu, kedua-dua anaknya itu yang membuat keputusan untuk tidak mahu berjumpa dengan bapa mereka kerana takut.
Bila ditanya mengapa mereka takut, Dato’ Vida enggan mengulas lebih lanjut.
Saya tak pernah halang, tapi mereka yang tak mahu berjumpa kerana takut. Buat masa ini, untuk keselamatan Cik B dan Kacak, lebih baiklah tak payah jumpa.”
“Saya tak mahu besarkan cerita, lebih baik saya diam saja. Selama ini pun, dia ada menghubungi pembantu peribadi saya meminta wang,” katanya.
Tambah Dato’ Vida lagi, dia mengetahui mengenai tuntutan bekas suaminya itu pun menerusi media semalam.
Menerusi laporan terdahulu, Cik B juga pernah menceritakan kisah hidupnya semasa kecil yang penuh dengan derita dan kesedihan di Twitter.
Masa cikb kecik cikb selalu kena dera dengan bibik cikb kena kurung kena pukul kena semua lah pastu masa cikb kecik ayah kandung cikb dera mama jugak pukul pukul sampai nak bakar rumah sebab mama tak kasi duit…ayah cikb kaki mabuk kaki rempit semua kaki dia ada—
— cikb havoc (@HavocCikb) December 1, 2019
Mohd Amin berkahwin dengan Vida pada 2000 dan mereka dikurniakan 4 orang anak iaitu Muhammad Eddie Zuhdie, Muhammad Edrie Zikrie, Edlynn Zamilleen dan Muhammad Eric Zaquan.
Dua daripada anak mereka meninggal dunia pada 2013. Mohd Amin dan Vida bercerai pada 2008 selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.
Apa-apapun lebih elok netizen jangan masuk campur isu ni kan. Rasanya Dato’ Vida dan anak-anak lebih memahami situasi yang dialami mereka.
Baca: “Sebagai bapa, saya amat rindukan mereka” – Bekas suami DSV Dakwa dihalang bertemu anak