Bagi korang yang selalu up to date dengan media sosial, pasti korang tahu mengenai inisiatif yang dilakukan oleh Alif Satar iaitu ‘Geng Subuh Macam Jumaat’. Sebelum ini juga, penyanyi dan pengacara terkenal itu ada mengajak orang ramai untuk menyertai solat subuh berjemaah dan aktiviti larian pada 1 Januari 2024 di Masjid Saidina Umar, Bukit Damansara.
Satu video yang dimuat naik oleh @firdausmokhtar_ di TikTok memaparkan suasana hari kejadian di masjid tersebut.
@firdausmokhtar_ #gengsubuhmacamjumaat tahun baru 2024. Memang terbaik. Lebih 3,000 jemaah hadir, penuh masjid. #fyp #tiktokmalaysia
Lebih 3000 jemaah hadir, jalan sesak awal pagi
Inisiatif ‘Geng Subuh Macam Jumaat’ itu disambut baik oleh masyarakat apabila ramai jemaah hadir seawal jam 5.45 pagi menyebabkan keadaan di luar masjid menjadi sesak. Sebelum masuk waktu subuh, keadaan dalam masjid juga sudah pun penuh dengan para jemaah.
Usai solat subuh berjemaah, satu perkongsian rohani diadakan oleh seorang pendakwah bebas yang juga pemilik pusat dakwah, Murtadha Dakwah Centre iaitu Ustaz Yaakub Yusra.
Kagum tengok semangat orang ramai
Apabila aktiviti larian bermula, lelaki itu kagum dan terkejut melihat suasana meriah orang ramai yang menyertai larian sepanjang 5 kilometer itu. Menurutnya, tak semua orang yang menyertai larian itu berpakaian sukan, ada juga yang berlari memakai baju yang sedia ada.
Ramai brader.. ada yang dukung anak, tolak stroller, lari pakai kain pelikat, lari pakai jubah pun ada.
Setelah berlari sepanjang 5 kilometer, peserta akan diberikan kad ‘Challenge Accepted!’ oleh petugas larian tersebut. Selain itu, para peserta juga boleh kembali ke masjid untuk sarapan percuma.
Artikel berkaitan: Buat Inisiatif ‘Geng Subuh Macam Jumaat’, Alif Satar Dipuji Netizen
Artikel berkaitan: Anjurkan ‘Fun Run’ Lepas Subuh Berjemaah, Ramai Puji Cara Alif Satar Berdakwah
Program itu juga meriah dengan pelbagai aktiviti lain seperti cabutan bertuah dan peserta pertama yang sampai di garisan penamat larian juga menerima hadiah. Lelaki itu juga berterima kasih dengan Alif Satar kerana mengadakan program seperti itu.
Menyingkap di ruangan komen, rata-rata netizen terharu melihat orang ramai memeriahkan solat subuh berjemaah di masjid itu.
Terharu tengok orang ramai berpusu-pusu datang masjid tu!
Sumber: TikTok