in

Lebih 11,000 Data Pemohon Bocor, UiTM Buat Permohonan Maaf

Kebocoran Data Uitm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, heboh di Twitter apabila terdapat kebocoran data peribadi lebih 11,000 pemohon Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Susulan kebocoran data tersebut, pihak UiTM memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan menerusi akaun Twitter rasminya.


UiTM mengesahkan bahawa pautan kepada senarai sebanyak 11,891 nama, nombor kad pengenalan serta e-mel pemohon itu tidak lagi aktif kerana kemaskini telah dilakukan.

https://twitter.com/uitmofficial/status/1655867565514854405?s=20

“Pautan kepada senarai tersebut tidak lagi aktif dan kemaskini telah dilakukan. Pihak UiTM mohon maaf di atas kesilapan yang berlaku,” tulisnya menerusi kenyataan di Twitter.

Insiden ini membimbangkan banyak pihak kerana ia dapat memberikan ruang kepada scammer untuk menyamar sebagai pegawai kerajaan atau bank dengan menggunakan data yang diperolehi untuk menjerat individu di luar sana.

Selain itu, isu ini turut dikemukakan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan mereka menyatakan isu sebegini adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP).

Cats 17

Menurut laporan Sinar Harian, data yang bocor itu didakwa membabitkan rekod terperinci pemohon dari kampus induk UiTM di Shah Alam serta 13 kampus negeri di seluruh negara.

Baca: UiTM Holdings Didakwa Rugi RM 157 Juta, Penerbitan Filem Antara Penyumbang Terbesar?

Uitm Holdings

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.