Sekarang ini memang tengah trending makan oyster mentah tu kan, kita dapat lihat di TikTok dan ramai peniaga dah mula sajikan hidangan ini.
Bagaimanapun timbul satu isu apabila ada segelintir peniaga yang jual oyster mentah yang dah boleh dikatakan ‘dah busuk’ tetapi dakwa masih ‘segar’. Dalam perkongsian yang tular sebelum, info mengatakan kalau isi oyster hitam maknanya dah tak elok.
Bakteria Vibrio Parahaemolyticus
Namun begitu Public Health Malaysia (PHM) menjelaskan ada risiko makan tiram mentah ini biarpun rupa, bau dan rasa dia sama seperti yang tiada bakteria.
Untuk gambaran yang paling mudah, PHM memberikan satu contoh dalam satu babak filem Mr Bean yang mengalami sakit perut selepas memakan oyster mentah itu.
Menurut PHM, perkara ini memang boleh terjadi kepada mana-mana pemakan menu tersebut, ia kerana dalam oyster tersebut terdapat satu bakteria yang dinamakan Bakteria Vibrio Parahaemolyticus.
“Bakteria Vibrio Parahaemolyticus banyak di sekitar pantai. Tiram & kerang memang ada bakteria ini.”
Jadi, bakteria ini boleh berganda jika tiram tersebut berada di dalam suhu bilik, biarpun rupa, bau dan rasa sama dengan yang tiada bakteria.
Kesannya, jika pemakan ‘tertelan’ bakteria ini, pemakan boleh mengalami cirit birit, demam, sakit perut dan muntah-muntah.
Jangan ambil mudah, di US, 80 ribu orang ada mengalami keracunan Vibriosis setiap tahun dengan lebih 100 kematian.”
https://www.facebook.com/publichealthmalaysia/posts/pfbid02w8NBogGvqW4VSXRS3HQFsgHdr4tC7Gzcg35cBjqiYkkSwEf8BuXjWfz7dcQB7XLjl
Bagi mana-mana yang gemar makan menu ni dan kerap makan, harap dapatlah dikurangkan, seeloknya elakkan sahaja sebab banyak yang kena food poisoning kan?
Baca : “Tak fresh” – Tular Trend Makan Oyster, Ramai Cuba Tapi Kena Food Poisoning?