Mungkin dah tak tahan apabila kerap dimarahi dan pernah dipukul beberapa kali, seorang bapa redha apabila kedua-dua anaknya yang berusia 29 dan 30 tahun itu ditahan oleh pihak berkuasa kerana dadah.
Kata bapa kepada dua anak ini, dia serahkan semua kepada pihak perkuasa untuk sebarang tindakan kepada anaknya.
Tambahnya lagi, pihak Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan polis yang menyerbu rumahnya itu dah dikatakan satu perkara biasa baginya kerana kedua-dua anaknya ini dah terlalu kerap keluar masuk pusat pemulihan.
Sudah banyak kali saya nasihat, mereka juga sudah lebih 10 kali keluar masuk pusat pemulihan, kehadiran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan polis sudah jadi biasa.”
Katanya bapa yang berumur 58 tahun ini lagi, dia percaya ia disebabkan pengaruh rakan kerana sudah banyak kali dinasihatinya malah dia pula dimarahi.
Bapa ini juga percaya dia dipukul akibat pengaruh dadah. Kedua-dua anaknya ditahan dalam operasi bersepadu dijalankan AADK dan polis daerah Petaling Jaya di Jalan PJU, malam tadi. Lapor Harian Metro.
Sementara itu, Ketua Pegawai AADK Daerah Petaling Mazlina Kassim berkata, serbuan dijalankan hasil risikan dan maklumat awam.
Kes disiasat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah, Rawatan dan Pemulihan 1983.