Sakitnya ditinggalkan oleh orang yang kita sayang ni tidak boleh dibayangkan bagi sesetengah orang yang sedang merasainya. Bila masih ada sisa rasa cinta kepada orang yang meninggalkan kita, apa yang kita mampu adalah menangis dan mengimbau kembali kenangan bersamanya.
Itu mungkin apa yang dirasakan oleh seorang gadis yang baru-baru ini tular di media sosial kerana telah berkongsi kisah sedihnya di dalam kereta sambil menangis dan merenung di luar tingkap, memikirkan hal percintaannya yang putus di tengah jalan.
Gadis nangis kena tinggal BF, abang Grab nampak terus bagi nasihat dan hulur tisu
Sebuah video berdurasi satu minit telah dikongsikan di laman TikTok, memaparkan seorang gadis yang menangis di dalam kenderaan e-hailing dan difahamkan dia telah ditinggalkan oleh teman lelakinya baru-baru ini.
Apa yang menarik perhatian, pemandu tersebut ternampak keadaan gadis itu dan terus menghulurkan tisu. Pada awalnya pemandu Grab tersebut meminta gadis berkenaan untuk berkongsi tentang kenapa dia tiba-tiba menangis di dalam kereta.
https://www.tiktok.com/@itsaly4a/video/7165830260586466586?embed_source=120811592%2C120810756%3Bnull%3Bembed_card_play&is_from_webapp=v1&item_id=7165830260586466586&refer=embed&referer_url=ohmymedia.cc%2Fbroken-pakwe-curang-penangan-ayat-padu-abang-grab-buat-wanita-ini-tergamam%2F%3Futm_source%3Dfb_page%26utm_campaign%3Dpubler%26utm_medium%3DOh%2520My%2520Media%26fbclid%3DIwAR0GtD-vGFJHkN7YtmUJ5FFW94zLEC4oeN9BvfZ2M0n1haL2mRDBNcFg5SY&referer_video_id=7165830260586466586
“Hey! Sayang yang kau bagi, adalah tempat yang salah bhai..Wake up lah… Sayang yang kau tengah bagi ni, kau bagi kat orang yang salah…”
“Kau rasa lepas apa yang dia buat macamni, layak ke dia dapat sayang kau? Kita semua manusia ada value tau, takkan kau nak rendahkan value kau semata-mata untuk orang macamni?”
“Jangan diperbodohkan buat kali keduanya…Kuatkan diri kau, which is kau kena cakap kau ni sekadar persinggahan. Dia datang dalam hidup kau ni untuk singgah sahaja… Dia nak bagitahu kau belajar something je…”
Netizen titip kata semangat pada gadis
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen teruja dengan nasihat abang itu yang sangat makan dalam dan bermakna kepada orang yang berada di dalam fasa ditinggalkan. Ada juga yang mendoakan gadis tersebut kuat semangat dan akan bertemu jodoh yang lebih baik.
Wah min pun rasa macam nak healing dalam grab la…
Baca: Rajin Kumpul GrabPoints, Individu Ini Hanya Bayar RM800 Beli iPhone 14 Pro Max