in

Lawak! Wanita Baru Tahu Nama Sebenar Pada Usia 61 Tahun Lepas Terjumpa Surat Beranak

ft wanita baru tahu nama sebenar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Biasanya kalau kita dah meningkat dewasa pasti ramai yang akan simpan sahaja sijil kelahiran kita memandangkan butiran peribadi mengenai diri sudah ada dalam kad pengenalan.

Jadi, memang tak pelik kalau sampai ada yang terlupa kat mana kita letak sijil kelahiran itu seperti keluarga Lyana ini.


Namun begitu, setelah 13 tahun, keluarganya telah menjumpai satu beg bimbit lama dan ingin tahu kandungan yang ada di dalamnya.

 

Dah 61 tahun woi baru tahu nama sebenar dia 

Ketika dihubungi oleh Lobak Merah, gadis 25 tahun yang berasal dari Johor Bahru ini menceritakan bahawa keluarganya semua berkumpul di rumah pakciknya, rumah tersebut merupakan rumah arwah atuk.

IMG 6970

Pada awalnya, Lyana memberitahu yang pakciknya secara spontan ada maklumkan bahawa arwah atuk pernah tunjuk kepada pakciknya wang tunai sebanyak RM 100K untuk membeli seekor lembu.

“Kami semua berkumpul di rumah pakcik yang sebelum ini rumah arwah atuk. Kami berkumpul dan makan-makan. Tiba-tiba pakcik ada cakap dia tiba-tiba teringat yang arwah atuk ada pernah tunjuk dia duit RM 100K tunai dalam kotak untuk beli lembu.”

“Tapi pakcik teringat yang dia tak beli lembu tu. Jadi, dia macam tertanya-tanya mana duit tu. Jadi semua makcik suruh dia cari mana tau ada tinggal dalam beg bimbit.

Maka, mereka terjumpa satu beg bimbit yang dah lama tak buka, namun tiada wang tersebut dalam beg tersebut sebaliknya terdapat dokumen lama dan mereka sekeluarga membeleknya.

Jadi, salah satu dokumen yang ditemui adalah surat beranak salah seorang makcik Lyana yang dia gelarkan Mak Teh, amat melucukan apabila nama Mak Teh yang selama ini diingatkan sebagai Hadiah rupa-rupanya Hapidah.

“Itu yang terjumpa surat terjumpa surat beranak lama makcik Hadiah tu. Saya panggil dia Mak Teh.”

Lyana memaklumkan bahawa Mak Tehnya yang kini sudah berumur 61 tahun baru tahu nama sebenarnya itu dan dapat dilihat video yang dikongsikan di TikTok itu, ahli keluarga lain bergelak sakan.

“Bod*h nama kau bukan Hadiah bod*h, terbongkar rahsia”

https://www.tiktok.com/@lylynrh/video/7195564035809529114

Dalam masa 15 jam, video ini telah meraih 141K jumlah tontonan dan rata-rata netizen pun terhibur apabila melihat gelagat mereka sekeluarga.

Screenshot 2023 02 03 142623 Screenshot 2023 02 03 142643 Screenshot 2023 02 03 142719

Aduhai, min pun tengok rasa nak tergelak melihat telatah masing-masing.

Baca : [VIDEO] Sedih & Lawak! Pemandu Grab Tak Sengaja Tinggalkan Penumpang Lepas Tolong Rider Accident

ft grab tak perasan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.