Kehangatan Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-39 semakin terasa, dengan 10 lagu tempatan bakal berentap bagi merebut anugerah berprestij itu.
Pengacara yang bakal mengemudi anugerah itu ialah pengacara senior, Nazrudin Rahman serta penyanyi yang sedang meningkat naik, Sissy Iman.
Artikel berkaitan: “Datang untuk nyanyi je, tak sangka” – Ernie Zakri Terharu Lagu ‘Masing Masing’ Rangkul Anugerah Di Indonesia
Artikel berkaitan: Lepas Viral Menyanyi, Anak Arwah Siti Sarah Akui Kena ‘Pulau’ Dengan Rakan Sekolah
Pemilihan dua individu itu menarik perhatian ramai, namun ramai yang kurang bersetuju dengan gandingan itu malah ada juga yang memberikan kecaman hebat.
Pun begitu, pengacara senior Nazrudin Rahman atau dikenali sebagai Naz Rahman tidak melatah sebaliknya menganggap ia salah satu cabaran serta tanggungjawab buatnya.
Menerusi laman X miliknya, Naz mengakui pengacaraan adalah ‘cinta pertamanya’ dan akan menggalas tanggungjawab yang diberikan oleh pihak TV3 dengan sebaiknya.
Wow.
Saya baca, & saya faham.
AJL 39. First time saya terima tugasan, dgn hati gembira dan berat at the same time.
As a career host, saya tahu saya tidak dinilai dengan matawang ‘glamour’. Pengacaraan is my first love, dan kredibiliti adalah segala2nya.
Mula2 saya nak tolak… https://t.co/AVjlBhkqOT
— Nazrudin Rahman (@NazrudinRahman) January 22, 2025
“Syukur sangat dengan peminat yang faham dan percaya akan kebolehan saya. Saya setuju dengan rasional pihak produksi, untuk membina masa depan kita perlu belajar dari masa lalu.
25 tahun saya berkhidmat, saya faham, berat lagi bahu memikul, bila kita imbas kembali ekspektasi penonton kita.
Gandingan senior dan skuad pelapis, memerlukan kreativiti dan keberanian. Janji kami, adalah untuk memberikan yang terbaik, demi menjulang karya-karya pemuzik kita,” tulisnya.
Dalam ciapannya itu, dia turut meminta peminat AJL untuk memberikannya dan Sissy Iman kepercayaan serta sokongan.
Sumber: X