Influencer bernama Eyka yang dilaporkan hilang di negara seberang baru-baru ini telah selamat dijumpai malam tadi selepas hampir tiga hari hilang ketika merakam aktiviti paranormal di Makam Keramat Hutan Bambu dekat Bandung, Indonesia.
Menurut mStar, perkara tersebut telah dimaklumkan oleh Arasz Abdullah, 35, yang menemui Eyka kira-kira 200 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.
Artikel berkaitan: Influencer Malaysia Hilang Dalam Hutan Di Bandung Lepas Buat ‘Content’ Paranormal
Kata Arasz, dia pada awalnya telah melaungkan azan sebelum hatinya tergerak untuk melihat satu lorong kecil dan menemui Eyka atau Nur Syafiqah, 22 dalam keadaan terbaring dan lemah.
Menerusi beberapa video yang tular di TikTok juga, dapat dilihat Eyka terbaring di atas semak samun dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum diselamatkan beberapa individu yang melakukan pencarian pada malam itu.
@tkahamarr Replying to @qasehrawrrr Alhamdulillah Allah Maha Besar #eykasarawak #ammarnazhan #arasz #paranormal
@unclesteady_7 ALHAMDULILLAH ARASZ & TIM TROBOS MITOS BERJAYA TEMUI EYKAA YG TELAH HILANG 2 HARI LEBIH.. EYKAA DIJUMPAI PADA JAM 9.02 WAKTU INDONESIA… TQ TEAM EXPLORE BANDUNG BANTU CARI.. DAN TERIMA KASIH PADA ANAK² SERIGALA🐺 @𝓡 𝓐 𝓢 𝓩 ★ᴡꜰᴘ★ @TIM TROBOS MITOS @amnazhan @Eykaaa @mbahdarmo.official @wak_hendrik @danaukitchenberapidkb @aepih._ @mstarmalaysia @tv3malaysia #makamkeramat #eykaahilang #arasz #fyp #teamammarnazhan
Saya jumpa dia di kawasan agak jauh dari tempat dia hilang di bawah pondok kecil, dia terbaring di sekitar semak di situ.
“Dia macam tersorok di situ, laluan agak kecil untuk ke kawasan itu tapi sejak semalam kami sudah cari di situ memang tidak jumpa,” kata Arasz.
Menurut Arasz lagi, Eyka ditemukan dalam keadaan lemah dan wajah serta bahagian kepalanya terdapat kesan bengkak.
Ketika ini, Eyka difahamkan sedang menerima rawatan di kawasan berhampiran kerana keletihan dan kelaparan.
Dia memang lemah, muka dan kepala dia sedikit bengkak macam kena pukul. Dia pun tak boleh bercakap sekarang kerana terlalu lemah.
“Sekarang ini dia sedang dapat rawatan di hospital berhampiran, kami tak dapat jumpa dia lagi kerana dijaga oleh rakan-rakan perempuan yang lain,” katanya lagi.
Tambah Arasz lagi, pihak keluarga Eyka juga telah menerima khabar sebaik sahaja dia ditemui selamat.
Dalam pada itu, pihak Arasz juga berterima kasih kepada penduduk tempatan, rakan-rakan serta pihak polis yang bersama-sama membantu mencari Eyka yang hilang beberapa hari ini.