in

Latif Romly Kongsi Kit Atlet Paralimpik Ke Paris 2024

F3 Kit Atlet Paralimpik 2024

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas temasya sukan Olimpik Paris 2024 telah pun melabuhkan tirainya pada 11 Ogos lalu, kini tibalah masa untuk atlet-atlet paralimpik negara pula menunjukkan aksi luar biasa  di temasya sukan Paralimpik Paris bermula 29 Ogos hingga 8 September ini.

Sebahagian dari atlet para negara telah pun berlepas ke Paris pada Jumaat lalu untuk memulakan perjuangan mereka dalam acara masing-masing.


Atlet para Malaysia dalam acara lompat jauh, Datuk Abdul Latif Romly telah berkongsikan di TikTok beliau kit yang diterima oleh atlet Paralimpik negara yang menyertai temasya sukan itu di Paris.

@latifromly

Team are going to be looking fresh this year #paris2024🇫🇷 #paralympic

♬ Feel Good – Tundra Beats

Artikel Berkaitan: “Inilah sportsmanship” – Atlet Greece, Athanasios Prodromou Terima Pujian Lepas Bantu Abdul Latif Romly Yang Alami Kesakitan

Artikel berkaitan: “Sukan menyatukan” – Rakyat Malaysia Ramai-ramai Tengok Perlawanan Badminton Olimpik Buat Netizen Terharu

Dalam video TikTok yang berdurasi 47 saat itu, Latif telah menunjukkan kit yang diberi kepada atlet para di dalam sebuah bagasi berwarna hitam yang tertera nama atlet dan bendera Malaysia.

Dapat dilihat bahawa atlet-atlet para telah mendapat beg galas,  topi, T-shirt harimau, T-shirt rasmi Majlis Paralimpik Malaysia, T-shirt jenama Pro Apparel, pin Malaysia, snek bar dan pelbagai lagi T-shirt jenama lain untuk dipakai ketika latihan dan sebagainya.

7 5

Lebih menarik, atlet para turut mendapat beberapa pasang kasut jenama Voltra dan Skechers untuk dipakai ketika upacara pembukaan temasya sukan itu di Paris.

Rata-rata warganet memuji kit atlet Paralimpik yang dilihat lengkap dan banyak untuk kegunaan atlet ketika sukan antarabangsa itu nanti. Penuh satu luggage weh!

Pakaian seragam kontinjen atlet paralimpik Malaysia juga sebelum ini dipuji orang ramai kerana rekaannya lain dari yang lain dan tampil lebih segar dari yang sebelum ini.

Meninjau ke ruangan komen, ramai juga pengguna TikTok yang mengucapkan good luck kepada atlet para di sukan Paralimpik nanti.

Malaysia boleh! 

Sumber: TikTok @latifromly

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.