Meskipun sudah bercerai, isu yang menyelubungi penyampai radio, Fizi Ali dan bekas isterinya, Shakilla Koriri telah mendapat perhatian media setelah Fizi mendedahkan yang dia tidak dapat bertemu dengan anaknya, Ameena.
Oleh itu, menerusi perkongsian di Instagram, Fizi seakan memberi bayangan bahawa dia bakal mengambil tindakan undang-undang berhubung urusan penjagaan anaknya setelah tidak dapat berhubung dengan bekas isterinya itu.
Artikel berkaitan: “Saya nak hak saya” – Fizi Ali Luah Rasa Sedih, Kecewa Dituduh Pisahkan Anak Dengan Ibu Kandung
Artikel berkaitan: Shakilla Khoriri Terkejut Fizi Ali Bernikah, Hanya Diberitahu Ingin Bawa Anak Ke ‘Waterpark’
View this post on Instagram
Seperti yang dijangka. Call tak berangkat, whatsapp tak di’reply’. Lari la jauh mana boleh lari, tengok jauh mana boleh lari lagi.
“Pusing selagi boleh pusing. Date dah dapat. Kita akan selesaikan di tempat sepatutnya. Sabar sikit lagi daddy jumpa awak, InsyaAllah,” tulis Fizi.
Perkongsian daripada Fizi itu telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang berharap isu ini dapat diselesaikan dengan segera.
Apa-apapun harap Shakilla dan Fizi dapatlah persetujuan dalam isu ini. Kasihan pada Ameena yang masih kecil dan perlukan kasih sayang daripada kedua-duanya.
Sumber: Instagram