in

Larangan Mer*kok Di Pejabat Swasta, Peguam Saman Kerajaan & Menteri Kesihatan

collage

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang ramai ketahui, bermula semalam, sebanyak 28 kawasan telah diwartakan sebagai tempat larangan merokok. Ini termasuk hospital, klinik, lif dan bangunan tempat kerja termasuk milik swasta.

Ekoran ini, seorang peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla’ telah memfailkan saman atas talian kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan menamakan Kerajaan Malaysia dan Menteri Kesihatan sebagai defendan pertama dan kedua.


Artikel berkaitan: [VIDEO] Demi Kasih Anak, Bapa Sanggup Berhenti Merokok Untuk Dermakan Buah Pinggang

Artikel berkaitan: Masa Depan Bebas Asap Rokok? Ini Apa Yang Boleh Kita Bayangkan

Dalam satu kenyataan, Haniff berkata permohonan saman tersebut dibuat atas kapasiti peribadi dan tujuannya berbuat demikian adalah kerana pejabatnya adalah milikan tunggal.

e lelong1703b

Peguam ini turut menegaskan bahawa sejak Oktober lalu, dia juga telah memaklumkan kepada sesiapa yang tidak suka berurusan dengan peguam yang merokok, mereka tidak perlu datang ke pejabatnya kerana ia merupakan kawasan merokok.

Saya juga sudah memaklumkan kepada anak guam bahawa mereka boleh datang ke sini dan ambil semula fail kes masing-masing jika mereka tidak suka berurusan dengan peguam yang menghisap rokok di pejabat.”

Selain itu, Haniff turut mengatakan yang sebelum ini dia telah menghantar surat kepada Menteri Kesihatan pada 29 November 2025 meminta supaya premis pejabatnya dikecualikan daripada perintah larangan tersebut kerana dia merupakan seorang perokok tegar dan berharap orang lain tak ganggu hidupnya.

Saya juga tidak paksa pekerja dan anak guam saya untuk mengambil asap rokok. Malah, perbuatan merokok adalah masih sah dan halal mengikut undang-undang sivil sedia ada di Malaysia sekarang.

“Jadi janganlah menjadi amalan merokok di tempat kerja dan ruang peribadi saya adalah haram di sisi undang-undang.”

2949326

KKM dikatakan telah pun menjawab surat yang dihantarnya itu namun permohonannya telah ditolak atas alasan tiada peruntukan yang membenarkan pemberian pengecualian.

Tambah Haniff lagi, sebelum ini dia pernah mencabar perintah dan larangan merokok di kedai makan dan restoran yang dikeluarkan oleh KKM sebelum ini.

Peguam ini turut menekankan bahawa kerajaan sebelum ini pernah menarik balik peruntukan melarang  orang lahir selepas tahun 2017 daripada merokok atau lebih dikenali sebagai Rang Undang-undang (RUU) Generasi Penamat Rokok (GEG) selepas menerima nasihat Peguam Negara ekoran remaja tersebut sudah lahir sebelum RUU GEG digubal dan dibentangkan.

Jadi isunya sekarang saya sudah dibenarkan menghisap rokok sejak saya mula merokok pada 1986. Justeru itu sekarang kenapa KKM mahu menghalang saya merokok di kawasan peribadi dan saya tidak mengganggu orang lain.”

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.