Dilaporkan sekurang-kurangnya lapan orang maut selepas dipijak dan dihempap oleh pengunjung yang hadir ke Astroworld Fetival. Manakala, ratusan pengujung cedera selepas ditolak ke arah pentas oleh orang ramai dari belakang.
Menurut sumber, mangsa yang maut berusia 14, 16, 21, 23 dan 27 tahun. 25 individu pula telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut, jelas Datuk Bandar Houston, Sylvester Turner dalam satu kenyataan.
Salah seorang mangsa telah dikenal pasti sebagai pelajar sekolah berusia 10 tahun kini sedang mendapat rawatan ekoran berada dalam keadaan kritikal.
Dilaporkan, hampir 50,000 pengunjung hadir ke festival muzik Houston dan insiden menolak dan menghempap tersebut dikatakan bermula selepas jam 9 malam.
Dalam satu video yang tular, Travis Scott yang sedang membuat persembahan kelihatan terpinga-pinga lalu berhenti seketika selepas kenderaan ambulans tiba-tiba hadir di tengah-tengah lautan orang ramai.
Insiden ‘mosh pit’ yang berlaku bertambah parah apabila beberapa individu dilihat menari dan melompat di atas kereta pihak pengawal keselamatan yang sedang menyelamatkan mangsa cedera.
People were really jumping on the cars of security personnel when they were trying to get to unconscious people in the crowd. This shit is disgusting. Look at these weirdos. #ASTROWORLDFest https://t.co/Ctc0cvgBUV
— Kurrco (@Kurrco) November 6, 2021
Difahamkan, konsert pada malam kedua untuk festival ini telah dibatalkan ekoran kejadian yang membawa maut tersebut.
Dalam satu ciapan awal pada pagi tadi, Travis Scott meluahkan rasa simpati kepada mangsa yang maut dan cedera dan berjanji akan memberi bantuan kepada mereka yang terlibat.
— TRAVIS SCOTT (@trvisXX) November 6, 2021
Salam takziah buat keluarga mangsa yang terlibat.
Kredit: XXLMag
BACA: Nak Uji Keberkesanan Vaksin, Sepanyol Anjur ‘Konsert’ Dihadiri 5,000 Orang Tanpa Social Distancing